Now Reading
“Jangan Halalkan Yang Haram” – Netizen Kecam Influencer Promote ‘Soju Halal’ Di Bangi

“Jangan Halalkan Yang Haram” – Netizen Kecam Influencer Promote ‘Soju Halal’ Di Bangi

Influencer tersebut menjelaskan minuman ‘Soju Halal’ itu hanyalah air buah dan tidak mengandungi alkohol.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai umat Islam, bab makan dan minum sememangnya perlu dijaga lebih-lebih lagi melibatkan isu halal serta haram.

Umum sedia maklum, terdapat hidangan yang diharamkan untuk individu Muslim seperti babi dan minuman beralkohol.

Baru-baru ini, isu tentang minuman arak menjadi kontroversi di media sosial selepas berlaku satu isu yang dicetuskan oleh seorang influencer.


Influencer Promote Minuman Soju Yang Dikatakan Halal Di Sebuah Restoran Di Bangi

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman X (Twitter @Jomkitamy), seorang influencer dilihat mempromosikan sebuah restoran di sekitar Bangi yang menyajikan pelbagai pilihan daging.

Pada masa yang sama, lelaki ini juga mempromosikan minuman soju yang dikatakan halal dan ditawarkan dengan harga Rahmah.

Jika dilihat dari segi bentuk dan warna botol minuman ‘Soju Halal’ itu, ia hampir sama seperti minuman soju sebenar yang mempunyai alkohol.

Namun, influencer berkenaan menjelaskan bahawa minuman Soju itu hanyalah air buah dan tidak mangandungi alkohol.

Malah, pemilik restoran tersebut juga merupakan individu beragama Islam dan premis berkenaan adalah halal.


Netizen Pertikai Mengapa Influencer Ini Promosikan Minuman ‘Soju Halal’

Tindakan influencer berkenaan yang dikatakan mempromosikan minuman ‘Soju Halal’ itu membuatkan sesetengah netizen kurang senang.

Ditambah pula dengan gaya ketika dia meminum minuman itu hampir sama seperti mereka yang menikmati air beralkohol tersebut menimbulkan kontroversi dalam kalangan netizen.

Sementara itu, ada juga yang berpendapat bahawa individu beragama Islam tidak sepatutnya cuba untuk menghalalkan makanan yang haram kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah.

Sumber: X (Twitter)

Islam Melarang Umatnya Untuk Minum Air Menyerupai Arak

Memetik sumber dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan, umat Islam diperintah untuk tidak melakukan perbuatan yang menyerupai orang kafir seperti amalan dan tradisi mereka.

Daripada Ibn Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia adalah dari kalangan mereka. [Riwayat Abu Daud (4031)]

Justeru, perbuatan minum arak dan mengadakan majlis minum arak merupakan amalan dan tradisi biasa bagi orang kafir. Sedangkan ia jelas terlarang dalam agama Islam.

Maka umat Islam dilarang sama sekali meniru walaupun sekadar gaya perbuatan mereka yang meminum arak.

Imam al-Nawawi mengatakan, wajib dikenakan hukuman takzir kepada orang yang mengadakan majlis seperti gaya majlis minum arak termasuklah perbuatan mengedarkan gelas-gelas arak, dituang air dan dilagakan gelas antara satu sama lain sebelum minum.

Hal ini sama dengan status minuman tidak beralkohol yang dikeluarkan oleh syarikat arak. Ini kerana, selain daripada syarikat yang mengeluarkannya adalah syarikat arak, ia dipakejkan dalam bentuk botol arak dan mempamerkan jenama arak.

Artikel Berkaitan: Video Tular Makan Babi Punca Influencer Indonesia Ini Ke Penjara

Artikel Berkaitan: Minuman ‘Bundaberg’ Halal Ke?

Artikel Berkaitan: Boleh Ke Orang Islam Makan Siput Escargot?

Sumber: X (Twitter @Jomkitamy) | Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd