Now Reading
“Ini Kiriman Malaysia” – Indonesia Dakwa Banjir Di Kalimantan Utara ‘Punca’ Dari Malaysia

“Ini Kiriman Malaysia” – Indonesia Dakwa Banjir Di Kalimantan Utara ‘Punca’ Dari Malaysia

Laporan media tempatan Indonesia mendakwa banjir yang berlaku di daerah Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia adalah disebabkan dari hulu Sungai Pensiangan di Sabah.

banjir kiriman malaysia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain masalah jerebu, beberapa bahagian di Indonesia melibatkan kawasan Kalimantan Utara dilaporkan banjir dengan ketinggian air sehingga 10 meter.

Taburan hujan yang tinggi telah mengakibatkan limpahan air berwarna keruh serta deras memasuki kawasan perumahan masyarakat sehingga merosakkan pelbagai harta benda.

Walau bagaimanapun, media tempatan Indonesia mendakwa banjir di daerah Nunukan itu juga merupakan ‘kiriman’ dari negara Malaysia yang dikatakan datang daripada hulu Sungai Pensiangan, Sabah.

Malah, pihak berkuasa Indonesia iaitu Ketua Lembaga Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPD) Arif Budiman turut mengeluarkan dakwaan yang sama seolah-olah mahu menyalahkan Malaysia atas bencana yang berlaku.

Laporan media itu telah dimuat naik di laman YouTube Buletin News dan mendapat perhatian ramai terutamanya warga Malaysia.

Sumber: YouTube Buletin News

Ramai Rakyat Malaysia Tak Puas Hati Dengan Dakwaan Yang Dikeluarkan Oleh Indonesia

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap dakwaan yang dikeluarkan oleh media Indonesia terhadap Malaysia.

Malah, beberapa warga tempatan Indonesia sendiri juga tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana berpendapat seolah-olah tidak percaya kepada kekuasaan Allah SWT terhadap kejadian bencana itu.


Indonesia Nafi Jerebu Di Malaysia Berpunca Dari Mereka

Sejak akhir-akhir ini, Malaysia telah kembali dengan masalah jerebu yang dikatakan berlaku setiap tahun.

Namun baru-baru ini, negara Indonesia mengeluarkan dakwaan dengan menafikan bahawa kejadian jerebu di Malaysia tidak berpunca dari negara mereka.

Semalam (2 Oktober), Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan (KLHK), Indonesia telah menafikan tuduhan berkaitan isu jerebu di Malaysia berpunca asap kebakaran hutan dan tanah (karhutla) merentasi ke negara ini.

Menurut kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Siti Nurbaya Bakar, aduan terhadap jerebu di Malaysia adalah tidak tepat.

“Kami telah memantau keadaan dan tiada jerebu rentas sempadan yang sampai ke Malaysia,” katanya.

Tambah Siti Nurbaya, pihak kementerian memaklumkan tiada imej jerebu merentasi sempadan yang dilihat melalui laporan imej taburan jerebu daripada Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) dan Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) daripada tarikh 28 hingga 30 September lalu.

Artikel Berkaitan: “Yang Ni Taknak Claim Pula” – Indonesia Nafi Jadi Punca Jerebu Di Malaysia, Netizen Mula Berang

Sumber: YouTube Buletin News


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd