“Yang Ni Taknak Claim Pula” – Indonesia Nafi Jadi Punca Jerebu Di Malaysia, Netizen Mula Berang
Menurut Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Siti Nurbaya memaklumkan tiada imej jerebu yang dikesan telah merentasi sempadan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Baru-baru ini, jerebu telah kembali melanda negara dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang tidak sihat di beberapa kawasan sekitar Malaysia.
Setakat jam 8 pagi tadi (3 Oktober), Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) telah mencatatkan bacaan IPU yang tinggi di empat kawasan iaitu Nilai (155), Cheras (153), Seremban (144) dan Putrajaya (90).
Memetik kenyataan Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah, kes jerebu yang sedang berlaku dalam negara adalah disebabkan trajektori asap jerebu dari Kalimantan.
Jakarta Nafi Tuduhan Jerebu di Malaysia Berpunca Daripada Kebakaran Hutan & Tanah Indonesia
Semalam (2 Oktober), Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan (KLHK), Indonesia telah menafikan tuduhan berkaitan isu jerebu di Malaysia berpunca asap kebakaran hutan dan tanah (karhutla) merentasi ke negara ini.
Menurut kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Siti Nurbaya Bakar, aduan terhadap jerebu di Malaysia adalah tidak tepat.
“Kami telah memantau keadaan dan tiada jerebu rentas sempadan yang sampai ke Malaysia,” katanya.
Tiada Imej Jerebu Yang Diperhatikan Merentasi Malaysia
Tambah Siti Nurbaya, pihak kementerian memaklumkan tiada imej jerebu merentasi sempadan yang dilihat melalui laporan imej taburan jerebu daripada Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) dan Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) daripada tarikh 28 hingga 30 September lalu.
Jelasnya, jerebu berada pada tahap sederhana hingga pekat di beberapa kawasan di Sumatera dan Kalimantan selama beberapa hari menerusi pemerhatian ASMC.
Selanjutnya, pada Ahad (1 Oktober), jerebu di Kalimantan Tengah (Kalteng) dan Sumatera Selatan (Sumsel) didapati menebal namun ia tidak merentas sempadan.
Indonesia Dalam Usaha Meredakan Kebakaran Hutan Di Sumatera & Borneo
Jurucakap kementerian luar Indonesia berkata, Indonesia dalam usaha meredakan kebakaran hutan yang sedang berlaku di beberapa wilayah di Sumatera dan Borneo menggunakan bom air dari helikopter.
Untuk info, musim kemarau melanda Indonesia pada tahun ini adalah antara yang terburuk dicatatkan sejak tahun 2019 akibat El Nino.
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Berdepan Cuaca Panas & Kering Hingga September
Menurut data kementerian alam sekitar Indonesia, terdapat lebih 267,900ha hutan dibakar tahun ini melebihi jumlah keseluruhan sebanyak 204,894ha sepanjang 2022.
KLHK dalam masa sama mendedahkan bahawa sebanyak 203 syarikat telah menerima amaran.
Manakala 20 syarikat telah ditutup kerana penglibatan dalam kebakaran termasuk anak syarikat di Malaysia.
Penjagaan Kesihatan Ketika Jerebu Yang Disarankan Oleh KKM
Berikut adalah beberapa tips penjagaan kesihatan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada orang awam. Antaranya:
- Kurangkan aktiviti fizikal di kawasan luar rumah.
- Memakai pelitup muka di tempat awam.
- Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam bangunan.
- Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
- Memasang alat pendingin hawa dan penapis udara untuk pengudaraan yang baik.
- Dapatkan rawatan kesihatan secepat mungkin sekiranya tidak sihat.
Baca Artikel Berkaitan: Pemakaian Pelitup Muka Tidak Wajib Lagi Di Dalam Pengangkutan Awam & Hospital Mulai 5 Julai Ini
Baca Artikel Berkaitan: Haze Returns And It Might Not Be Indonesia’s Fault This Time
Baca Artikel Berkaitan: El Nino Pros And Cons: Hot And Hazy For Us But Durians Expected To Thrive
Sumber: Sinar Harian | FMT | Astro Awani | KKM
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram