Now Reading
“Nak Balas Jasa” – Steven Sim Taja Guru Sekolah Rendah Tunai Ibadah Umrah

“Nak Balas Jasa” – Steven Sim Taja Guru Sekolah Rendah Tunai Ibadah Umrah

Steven menaja ibadah umrah untuk guru sekolah rendahnya dan pasangan kerana mahu membalas jasa individu berkenaan yang sudah banyak memberi tunjuk ajar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menunaikan umrah dan haji sememangnya harapan dan impian semua umat Islam. Namun, pelbagai kekangan yang perlu ditempuhi seperti masa serta bajet yang tidak mencukupi.

Bagi mereka yang berhasrat ke Tanah Suci, jangan berputus asa. Insya-Allah selagi mana anda berdoa dan berusaha, Allah SWT pasti akan mempermudahkan urusan hambaNya.


Steven Sim Taja Guru Sekolah Rendah Bersama Suami Untuk Menunaikan Umrah

Begitu jugalah rezeki yang tertulis buat pasangan suami isteri, Pak Johari dan Cikgu Zaniyah apabila telah dijemput menjadi tetamu Allah SWT selepas ditaja Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.

Perkara itu dikongsikan Steven Sim menerusi satu ciapan di akaun X (Twitter @scheeekeong) pada tarikh 1 Oktober menyaksikan beliau sedang berjumpa dengan pasangan berkenaan di lapangan terbang bagi menunaikan ibadah umrah.

Menurut beliau, dia telah menaja bayaran penuh bagi Pak Johari dan Cikgu Zaniyah yang merupakan guru sekolah rendahnya semasa darjah satu terdahulu.

Menerusi kapsyen tertera di video itu, Steven berkata tajaan umrah berkenaan dibayar sepenuhnya menggunakan duit peribadinya dan bukan melalui peruntukan kerajaan.


Steven Hargai Jasa Guru Yang Telah Mengajarnya Ketika Darjah 1

Steven dalam satu kenyataan di akaun Facebook pula (Steven Sim Chee Keong) berkata sumbangan kepada gurunya adalah untuk membalas jasa Cikgu Zaniyah yang telah banyak mengajar ketika kecil.

“Di Tanah Suci nanti, mohon cikgu doakan Steven diberikan kekuatan menggalas tugas sebagai wakil rakyat,” tambah beliau.

Steven juga dilihat telah menghulurkan sesuatu yang dipercayai sedikit wang kepada Pak Johari sebagai buah tangan.

Sumber: Facebook Steven Sim Chee Keong

Hukum Orang Islam Menerima Sumbangan Daripada Orang Bukan Beragama Islam

Bagi mereka yang membesar dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum, kadangkala pasti akan mendapat buah tangan daripada mereka.

Buat anda yang tertanya-tanya apakah hukum menerima sumbangan daripada orang bukan beragama Islam, di sini kami kongsikan hukum yang diperjelas oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Menurut Dar al-Ifta’ al-Misriyyah:

فلا مانعَ شرعًا من قبولِ تبرُّعاتِ غيرِ المسلمين في مصالحِ المسلمين العامة دينيةً كانت أم دنيويةً، أخذًا بمذهب الشافعية في ذلك ما دام لا يترتبُ على ذلك مفسدةٌ شرعيةٌ

Maksudnya: Maka tiada halangan dari sudut syarak bagi menerima sumbangan ataupun kebajikan orang bukan Islam terhadap kepentingan orang Islam secara amnya sama ada dari segi duniawi dan juga ukhrawi, berpegang juga kepada mazhab Syafi’i dalam perkara yang sama selagi mana tidak memberi kerosakan ataupun keburukan ke atas orang Islam.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa menerima sumbangan daripada orang bukan beragama Islam adalah dibenarkan selagi ia tidak menyebabkan kerosakan atau keburukan kepada agama.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Tips Sebelum Tunai Ibadah Umrah. Penting Untuk Dipraktik!

Baca Artikel Berkaitan: Kos Tunai Ibadah Umrah Mungkin Naik RM300?

Baca Artikel Berkaitan: IKHLAS Tawar Pakej Umrah & Kini Bekerjasama Dengan Rakan Saudi, Jamin Hotel Buat Para Jemaah

Sumber: Facebook Steven Sim Chee Keong | X (Twitter @scheeekeong) | Mufti


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd