Kos Tunai Ibadah Umrah Mungkin Naik RM300?
Kos anggaran RM200 hingga 300 bagi setiap jemaah umrah akan dikenakan sekiranya insurans perlindungan kesihatan diwajibkan oleh pihak kerajaan Malaysia.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Untuk pengetahuan umum, bakal jemaah umrah yang bakal berlepas ke Tanah Suci Mekah bermula 8 Februari 2022 ini mungkin akan berdepan dengan kos sehingga RM300 sekiranya pihak kerajaan mewajibkan pengambilan insurans perlindungan kesihatan.
BACA SINI: Umrah Kembali Dibenarkan 8 Februari Ini
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Razali Mohd Sham menjelaskan perkara tersebut diutarakan Menteri Pelancongan dan Seni Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.

Menurutnya, cadangan insurans perlindungan kesihatan itu harus disambut baik oleh semua demi kesejahteraan dan keselamatan bakal jemaah sebelum bertolak dan semasa berada Tanah Suci Mekah.
Memang akan ada kenaikan kos anggaran RM200 hingga 300 untuk setiap jemaah sekiranya insurans perlindungan kesihatan diwajibkan. Sejujurnya, saya menyokong tindakan ini memandangkan situasi semasa kes jangkita Covid-19 dan ancaman varian Omicron demi untuk kebaikan para bakal jemaah.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Razali Mohd Sham menerusi Kosmo.
Laporan Kosmo menjelaskan Razali memberitahu bahawa setiap pengembara yang keluar negara perlu mengambil insurans perlindungan kesihatan mengikut Akta Industri Pelancongan 1992, namun ia tidak dikuatkuasakan.
Di Malaysia, tiada penguatkuasaan dijalankan. Misalnya sekiranya jemaah umrah dijangkiti Covid-19 di lapangan terbang (di Malaysia) maka tiada perlindungan insurans. Jadi, ini antara faktor Menteri MOTAC membawa cadangan untuk mewajibkan jemaah umrah supaya mengambil perlindungan insurans kesihatan sebagai SOP baharu untuk menunaikan ibadah tersebut.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Razali Mohd Sham menerusi Kosmo.
Jika sebelum ini, MOTAC menggariskan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi perjalanan ibadah umrah selepas dibenarkan semula.
Antaranya adalah memastikan bakal jemaah lengkap vaksinasi dan wajib mengambil dos penggalak (booster shot).
Sekadar rekod, umat Islam di Malaysia kini dibenarkan menunaikan umrah bermula 8 Februari ini selepas tertangguh selama sebulan disebabkan situasi terkini pandemik.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.