Now Reading
“Kesiannya Baru Darjah 1” – Ustazah Didakwa Lempang Murid Hanya Sebab Tak Jumpa Surat

“Kesiannya Baru Darjah 1” – Ustazah Didakwa Lempang Murid Hanya Sebab Tak Jumpa Surat

Seorang murid tujuh tahun telah dilempang dengan kuat oleh seorang ustazah hanya kerana tidak menjumpai sepucuk surat dalam beg sekolah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes penganiayaan kanak-kanak menjadi topik bualan yang hangat di media sosial selepas isu ini semakin berleluasa dalam negara.

Ibu bapa sekarang pun semakin takut untuk menyerahkan anak mereka dari dijaga oleh sesetengah pihak pengasuh dek kerana lambakan kes penderaan kanak-kanak.

Baca Artikel Berkaitan: Pengasuh Didakwa Dera Bayi Di Skudai Kini Ditahan Polis & Direman 4 Hari

Disebabkan kes sedemikian, tidak hairanlah ada penjaga meminta pusat asuhan untuk memberikan mereka akses bagi melihat rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) demi menjamin keselamatan anak-anak.


Ustazah Lempang Murid 7 Tahun Sebab Tak Jumpa Surat Dalam Beg Sekolah

Semalam (19 September), tular lagi satu kes kekasaran oleh seorang ustazah yang didakwa telah menampar pelajar berumur tujuh tahun di sebuah sekolah di Klang.

Menurut perkongsian seorang wanita yang dipercayai sepupu kepada pelajar itu di laman X (Twitter @ndfna), murid lelaki berkenaan telah dilempang mukanya dengan kuat hanya kerana tidak menjumpai sepucuk surat dalam beg sekolah.

Dakwanya, murid itu telah dilempang oleh ustazah tersebut di khalayak ramai termasuk di hadapan guru-guru yang lain.

“Kenapa tak tolong cari surat itu sekali,” kata wanita ini dalam nada marah.

Lebih menimbulkan kekesalannya apabila surat yang dicari sebenarnya berada dalam beg sekolah tersebut.

Dia berasa kejadian ini tidak sepatutnya berlaku kerana mangsa hanyalah seorang murid kecil yang berumur tujuh tahun.

Susulan itu, pelajar berkenaan telah dikejarkan ke klinik oleh ibunya selepas bekas tamparan gurunya itu begitu jelas kelihatan di muka dan berwarna merah.

Doktor berkata ia jelas kelihatan seperti seseorang telah melempangnya hingga mengakibatkan pipi mangsa bengkak.


Dakwa Guru Tidak Prihatin Dengan Insiden Lempang Pelajar

Dalam masa yang sama, dia mendakwa ada guru lain yang menyaksikan kejadian itu namun tidak berbuat apa-apa.

Malah katanya, selepas keluarga mangsa menghubungi pihak sekolah, seorang guru yang menjawab mesej tersebut kelihatan seperti tidak memandang serius kes ini.

Menerusi bebenang sama, wanita itu turut berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama guru berkenaan.

“Merah sangat ke,” kata seorang guru lain yang menjadi saksi kejadian.

Sumber: X (Twitter @ndfna)

Ibu Bapa Buat Laporan Polis Terhadap Ustazah Yang Melempang Anak

Terkini, ibu bapa kepada mangsa dikatakan telah membuat laporan polis dan pemeriksaan di hospital.

Guru berkenaan telah pun dipanggil oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Menurut sepupu kepada mangsa itu lagi, guru besar sekolah yang sebelum ini tidak mengambil tindakan segera, baru sahaja menghubungi pihak mereka selepas kes ini telah tular di media sosial.


Apa Perlu Anda Buat Jika Kanak-kanak Didera?

Susulan kes penderaan kanak-kanak yang semakin meningkat, adalah penting bagi semua pihak untuk mengambil tahu tentang perkara yang perlu dilakukan sekiranya ternampak atau tahu tentang situasi ini.

Berikut adalah pihak yang anda boleh hubungi bagi melaporkan kes penderaan kanak-kanak:

1. Talian Nur

Anda boleh menghubungi Talian Nur iaitu 15999 sekiranya anda mahu memastikan identiti diri dirahsiakan.

2. Hospital

Bagi mereka yang membawa kanak-kanak ke Jabatan kecemasan/Pesakit luar kerana penderaan, mereka akan terus dirujuk ke Pusat Perhentian Setempat (One Stop Crisis Center) di hospital.

3. Polis

Laporan polis amatlah digalakkan bagi menyiasat kes penderaan seksual kerana ia membolehkan pegawai perubatan untuk melakukan pemeriksaan fizikal dengan segera.

Baca Artikel Berkaitan: “Doktor Syak Nifael Digoncang Sebab Ada Pendarahan” – Bayi Alami Shaken Baby Syndrome Lepas Pulang Dari Rumah Pengasuh

Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] Siti Bainun Didapati Bersalah Atas Tuduhan Abai & Aniaya Remaja Down Sindrom, Bella

Sumber: X (Twitter @ndfna) | My Health


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd