Now Reading
Beli iPhone 14 Guna Syiling 50 Sen Dikumpul Selama 7 Tahun. Tindakan Lelaki Ini Buat Ramai Kagum!

Beli iPhone 14 Guna Syiling 50 Sen Dikumpul Selama 7 Tahun. Tindakan Lelaki Ini Buat Ramai Kagum!

Simpanan duit syiling 50 sen itu selama tujuh tahun akhirnya telah mencecah sehingga RM5,360.

7 tahun kumpul 50 sen nak beli iphone 14

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seorang lelaki warga tempatan telah viral di media sosial selepas dia berjaya membeli iPhone 14 dengan simpanan duit syiling 50 sen yang dikumpul selama tujuh tahun.

Muhammad Hafiz Abdul Hamid telah menyimpan syiling-syiling tersebut di dalam botol air 19 liter sebelum dapat membeli telefon canggih berkenaan dengan wang simpanannya mencecah RM5,360.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok (@bifoty_camper), Hafiz dan ahli keluarganya dilihat bersama-sama mengira jumlah duit syiling berkenaan di ruang tamu.

Disebabkan lubang botol itu agak kecil, mereka terpaksa menggunakan gergaji tangan untuk membelah botol tersebut bagi mengeluarkan kesemua duit syiling di dalamnya.

Sumber: TikTok @bifoty_camper

Difahamkan, hampir tiga jam juga mereka mengambil masa untuk habis mengira jumlah sebenar duit syiling itu.

Jelas lelaki terbabit, dia juga terkejut dengan jumlah tersebut kerana dahulunya menyimpan duit syiling 50 sen hanya sekadar hobi sejak tahun 2016.

Mula-mula saya letak dalam cawan dan bekas biskut. Makin lama jumlahnya meningkat. Jadi saya pun letak dalam bekas air besar itu.

Hafiz.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini yang berkerja sebagai penyelia pengemasan mededahkan akan menukar wang ringgit dengan duit syiling 50 sen bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.


Hafiz Pergi Beberapa Bank Untuk Tukar Duit Syiling Berjumlah RM5,360

Selepas berjaya mengira kesemua duit syiling, Hafiz telah pergi ke enam cawangan bank untuk menukar syiling tersebut kepada wang kertas.

Pihak bank juga dikatakan terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak sehingga terpaksa menolak permintaan berkenaan kerana bimbang mesin akan rosak jika terlampau banyak syiling yang ditukar pada satu masa.

Difahamkan, lelaki ini diarahkan untuk membuat beberapa kali kunjungan ke cawangan bank.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 4.4 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@bifoty_camper/video/7273715894080015618

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Tabung Simpanan Daripada Duit Syiling 50 Sen

Rata-rata netizen di ruangan komen video tersebut kagum dengan tahap disiplin Hafiz yang berjaya menabung sehingga mencecah ribuan ringgit menggunakan duit syiling 50 sen sahaja.

Bukan setahun dua, tetapi tujuh tahun! Memang power betul.

Pada masa yang sama, netizen turut membuat gurauan kononnya mereka kini mengetahui mengapa banyak syiling 50 sen sudah berkurangan selama ini.

Sumber: TikTok

Tips Untuk Mula Menabung

Kalau bab menyimpan duit, tidak dinafikan ia memerlukan disiplin yang sangat tinggi.

Kepada anda yang mahu mengamalkan budaya menabung, jom kami kongsikan dengan anda beberapa tips untuk mudah untuk memulakannya:

  1. Track semula perbelanjaan harian dan bulanan.
  2. Selesaikan bayaran hutang terlebih dahulu.
  3. Perbanyakkan bersedekah.
  4. Simpan wang tunai dalam tabung.
  5. Jangan simpan duit yang banyak di dalam akaun bank simpanan.
  6. Simpan wang di dalam akaun pelaburan berisiko rendah.

Semoga tips-tips ini dapat membantu anda. Selamat mencuba! 😊

Artikel Berkaitan: Nak Menabung Tapi Tak Tahu Cara? Boleh Try Tips Mudah Ini

Artikel Berkaitan: Gaji Ciput Tapi Tips Simpan Ribuan Ringgit Ini Memang Efektif. Cuba Dulu!

Artikel Berkaitan: [Tips] Mula Menabung Dengan Cara Sempoi Ini. Cukup Setahun, Nampak Hasil!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd