Now Reading
[Video] Penerbangan MH122 Patah Balik, Polis Australia Tahan Penumpang Lelaki Cetuskan ‘Gangguan’ Atas Kapal

[Video] Penerbangan MH122 Patah Balik, Polis Australia Tahan Penumpang Lelaki Cetuskan ‘Gangguan’ Atas Kapal

Pesawat MH122 yang pada ketika itu sedang membawa 194 penumpang dan lima anak kapal selamat mendarat jam 3.47 petang (waktu tempatan).

MH122

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak semalam (14 Ogos), sebuah pesawat Malaysia Airlines (MH122) daripada Sydney ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik apabila seorang penumpang didakwa telah mencetuskan ‘gangguan’ di dalam pesawat semasa penerbangan.

Insiden tular itu menunjukkan seorang lelaki di dalam pesawat berkenaan dikatakan menjerit terhadap kru dan penumpang lain sambil memeluk sebuah beg di dadanya.

Susulan itu, Polis Persekutuan Australia (AFP) dilaporkan telah menahan penumpang lelaki berusia 45 tahun tanpa sebarang insiden dan dijangka didakwa pada lewat malam, pada hari yang sama.

AFP dalam kenyataan media yang disiarkan menjelaskan bahawa, “Penumpang itu sudah dipindahkan dari pesawat. Tiada ancaman besar kepada orang ramai.”

Menurut kenyataan sama, pihak AFP berkata tidak akan mendedahkan butir-butir mengenai operasi, tetapi berkata pelan tindak balas kecemasan sudah dilaksanakan dan tindakan memindahkan lelaki itu dibuat sebaik sahaja pelaksanaannya dianggap selamat untuk penumpang lain dan anak kapal.


Penerbangan MH122 Terpaksa Patah Balik Atas Faktor Keselamatan

Malaysia Airlines dalam kenyataan awalnya menyatakan MH122 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik di tengah penerbangan disebabkan oleh seorang penumpang yang mencetuskan kekecohan dalam kapal.

Pesawat itu membawa 194 penumpang dan lima anak kapal selamat mendarat jam 3.47 petang (waktu tempatan). Keselamatan dan keselesaan kru serta penumpang kami adalah paling penting bagi Malaysia Airlines.

Kenyataan rasmi oleh pihak Malaysia Airlines.

Video yang dimuat naik di laman X (Twitter) oleh individu-individu yang didakwa berada dalam penerbangan MH122 menunjukkan krew kabin cuba menenangkan seorang lelaki selepas dia mula menjerit kepada penumpang lain.

Malah, ramai juga dilihat meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap tindakan individu berkenaan yang telah mencetuskan kekecohan sehingga menyebabkan ramai pihak terkesan akibat penerbangan ditunda.

Tambahan pula, seorang lelaki menerusi laman X turut memuat naik satu keping gambar di mana dua orang staf Malaysia Airlines dilihat duduk bersama dan menemani lelaki tersebut namun tidak lama kemudian, pihak AFP tampil menggari tangan lelaki berkenaan.

Sehingga kini, hashtag #MH122 dilihat trending di laman X (Twitter) yang mana rata-rata netizen sedang memperbahaskan insiden yang berlaku di dalam kapal MH122 itu.


50 Penerbangan Masuk & Keluar Terpaksa Ditunda

Menurut sumber daripada pelbagai lapangan terbang, sekurang-kurangnya 50 penerbangan masuk dan juga keluar dipercayai terpaksa ditunda susulan insiden itu. Ini kerana apabila berlakunya kecemasan, penerbangan akan dihentikan sehingga arahan kecemasan diterima daripada pihak berkuasa.

Untuk rekod, pesawat itu berada di Lapangan Terbang Sydney. Para penumpang telah dibenarkan untuk keluar dari pesawat sejurus melalui proses pemeriksaan keselamat seperti biasa.

Sumber: X (Twitter) | Bernama | MalayMail | AFP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd