Now Reading
“Jangan Tinggal Sesen Pun” – Netizen Nasihat Bekas Isteri Tuntut Harta Sepencarian Lepas Diceraikan Suami Miera Liyana

“Jangan Tinggal Sesen Pun” – Netizen Nasihat Bekas Isteri Tuntut Harta Sepencarian Lepas Diceraikan Suami Miera Liyana

Suami kepada Miera Liyana iaitu Rosland Othman telah sah menceraikan isteri pertamanya, Adibah Mutalib dengan talak satu selepas mengakui tidak menyayanginya lagi.

"Jangan Segan-Silu, Ada Hak Puan & Anak" - Netizen Cadang Bekas Isteri Rosland Othman Tuntut Harta Sepencarian Selepas Diceraikan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Media sosial kini hangat dengan isu suami kepada pelakon wanita Miera Liyana binti Datuk Seri Kasmi Mat Arsat iaitu Rosland Othman, 50, yang telah menceraikan bekas isterinya, Puan Adibah Mutalib, 50, selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga.

Memetik laporan Harian Metro, Rosland telah melafazkan cerai talak satu kepada Adibah di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Siti Noraini Mohd Ali pada semalam (3 Ogos) sekitar jam 10:50 pagi.

Difahamkan, Rosland membuat keputusan tersebut selepas mendapati dia mengakui tidak lagi mempunyai persefahaman dan perasaan sayang terhadap Adibah.

Tambahnya lagi, dia sudah tawar hati sejak Adibah mengeluarkan kenyataan tentang situasi perkahwinan mereka sehingga menjejaskan kerjayanya.

Sumber: Gempak

Rumah Tangga Adibah Didakwa Goyah Selepas Rosland Berkahwin Lagi Dengan Miera Liyana

Rosland dan Adibah telah mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima cahaya mata berusia 11 sehingga 26 tahun.

Namun pada Julai 2020, Rosland telah berkahwin buat kali kedua dengan Miera Liyana dan telah dikurniakan seorang anak perempuan.

Selepas berkahwin dengan Miera, Adibah mendakwa suaminya sudah jarang pulang ke rumah dan culas membayar nafkah.

Sumber:

Pada 7 April lalu, Rosland telah memfailkan cerai terhadap Adibah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Walau bagaimanapun Adibah menolak permohonan cerai tersebut dan kedua-dua pihak diarahkan untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP).


Netizen Nasihat Adibah Untuk Tuntut Harta Sepencarian Selama 28 Tahun Selepas Diceraikan Oleh Rosland

Peka dengan situasi yang berlaku kepada Adibah, seorang netizen di Twitter (@LVGIF) memberi cadangan supaya bekas isteri Rosland itu menuntut harta sepencarian sepanjang 28 tahun berkahwin selepas dia diceraikan.

Menurutnya, Adibah dan anak-anak mempunyai hak dalam harta sepencarian itu.

Dan yang paling penting, tuntut harta sepencarian 28 tahun bersama tu. Usah segan-silu. Ada hak Puan di situ. Lelaki kaya memang jadi dambaan betina penyondol.

Pengguna Twitter @LVGIF.
Sumber: Gempak

Pada masa yang sama, netizen tersebut juga memetik nama Miera dan mendakwa dia telah menzalimi keluarga Adibah dengan memberi teguran berdasarkan hadis sabda Rasulullah SAW:

اتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ

Maksudnya: “Takutlah terhadap doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada penghalang antara doa itu dengan Allah SWT” – Riwayat al-Bukhari (2448).


Apa Itu Harta Sepencarian?

Harta sepencarian adalah harta yang diperolehi oleh suami isteri semasa dalam perkahwinan dengan usaha bersama atau harta yang diperolehi sebelum perkahwinan tetapi dikembangkan dalam tempoh perkahwinan.

Bahagian harta sepencarian tersebut akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah berdasarkan kadar sumbangan suami dan isteri.

Namun jika suami dan isteri bersetuju untuk membahagikan secara sama rata atau mengikut pembahagian tertentu yang dipersetujui, mereka boleh mengesahkan perjanjian bersama tersebut di Mahkamah Syariah dan dijadikan sebagai Perintah.

Sumber: Twitter HELENA | Harian Metro | Peguam Syarie


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd