Now Reading
Konsert Lauv Live In KL Dibatalkan, Peminat Mula Kaitkan Dengan Isu LGBT

Konsert Lauv Live In KL Dibatalkan, Peminat Mula Kaitkan Dengan Isu LGBT

Lauv sepatutnya melangsungkan konsertnya selama dua hari pada 6 dan 7 September 2023 di Plenary Hall, KLCC sebelum Live Nation mengumumkan pembatalan persembahan tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Industri muzik dan hiburan di Malaysia kini dikatakan akan diperketatkan lagi mengelakkan penggiat seni tempatan mahupun antarabangsa melakukan perkara tidak sepatutnya yang melanggar garis panduan.

Malah, kumpulan rock popular iaitu Muse yang baru sahaja membuat persembahan konsert mereka pada Sabtu lalu (29 Julai) di Stadium Nasional Bukit Jalil juga telah mengeluarkan satu lagu daripada senarai nyanyian mereka mengikut garis panduan.

Lagu tersebut berjudul ‘We Are F*ucking F*ucked’.

Artikel Berkaitan: Muse Ikut Garis Panduan Malaysia, Keluarkan Satu Lagu Dari Setlist Kerana Tajuk Kurang Sesuai


Konsert Lauv Selama 2 Hari Di Kuala Lumpur Dibatalkan Oleh Penganjur Live Nation

Persembahan konsert kembali hangat menjadi perbualan ramai selepas konsert penyanyi dari Amerika Syarikat, Lauv di Kuala Lumpur telah dibatalkan oleh pihak penganjur, Live Nation.

Lauv sepatutnya membuat persembahan secara langsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 6 dan 7 September 2023 jam 8:30 malam.

Kenyataan tentang pengumuman pembatalan konsert Lauv: The Between Albums Tour tidak dimuat naik secara rasmi lagi tetapi ia dimaklumkan menerusi e-mel kepada mereka yang telah membeli tiket konsert itu dan dipamerkan di laman web Live Nation.

Susulan pembatalan konsert Lauv itu, pihak yang menguruskan tiket iaitu GoLive Asia akan memulangkan semula wang kepada pembeli.

Pihak Live Nation turut membuat permohonan maaf atas pembatalan konsert Lauv secara live di Kuala Lumpur.


Pembatalan Konsert Lauv Di KL Raih Pelbagai Reaksi Dari Netizen

Makluman tentang pembatalan konsert Lauv di raih pelbagai reaksi di media sosial apabila rata-ratanya meluahkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak penganjur.

Malah, ada juga netizen yang berpendapat mungkin pembatalan itu dilakukan oleh kerana isu melibatkan vokalis kumpulan The 1975, Matty Healy iaitu berkaitan seksualiti LGBT.

Walau bagaimanpun, ada juga netizen yang memberi nasihat kepada para peminat Lauv untuk tidak terlalu sedih dengan pembatalan tersebut kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah.


Lauv Luah Perasaan Tentang Seksualiti Dirinya

Dalam satu komen yang dimuat naik oleh netizen, dia mempersoalkan sama ada Lauv adalah penyokong kepada komuniti LGBT dan mendakwa mungkin penyanyi itu membatalkan konsert di Malaysia sebagai tindakan bersetuju dengan Matty Healy ketika GVF2023.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah Lauv penyokong LGBT? Dalam beberapa video yang di laman TikTok (@lauvsongs), penyanyi ini memuat naik kenyataan yang menunjukkan bahawa dia dipercayai berpihak kepada komuniti tersebut.

https://www.tiktok.com/@lauvsongs/video/7260870898780212526?_r=1&_t=8eRJdCf3goC
https://www.tiktok.com/@lauvsongs/video/7260870898780212526?_r=1&_t=8eRJdCf3goC

Isu The 1975 Yang Berlaku Di Good Vibes Festival 2023

Pada 21 Julai lalu telah berlakunya insiden di mana Festival Good Vibes 2023 selama tiga hari di Sepang telah terhenti secara tiba-tiba disebabkan ketidakpatuhan terhadap peraturan yang ditetapkan oleh Malaysia oleh kumpulan British, The 1975.

Bukan itu sahaja, Matty selepas itu bertindak mencium pemain bass The 1975 iaitu Ross McDonalds ketika membuat persembahan di mana aksi kurang sopan itu dilakukan di hadapan ribuan peminat dari Malaysia.

Matty juga difahamkan memegang botol arak ketika di atas pentas serta melakukan aksi kurang sopan iaitu meludah.

Walau bagaimanapun, ketika dipertengahan persembahan kumpulan itu, pentas bertukar menjadi gelap sebelum Matty dalam keadaan marah mengumumkan menerusi mikrofon bahawa mereka telah disekat (banned) daripada membuat persembahan di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Konsert The 1975 Di GVF2023 Dihentikan Selepas Matty Healy Cium Pemain Bass & Hina Undang-undang LGBT Di Malaysia

Artikel Berkaitan: FSA Pernah Buat Rayuan Untuk Bawa The 1975 Beraksi Di GVF2023 Walau Ada Rekod Buruk. Ini Sebabnya

Sumber: Live Nation | TikTok @Lauvsongs | Twitter


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd