Artis K-Pop Bang Yong-Guk Henti Persembahan, Beri Waktu Untuk Solat Maghrib
Bang Yong-Guk menghentikan persembahannya yang sudah berlangsung selama 45 minit bagi memberi tempoh 15 minit buat peminat beragama Islam untuk menunaikan solat Maghrib.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Malaysia dikenali sebagai negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum dan agama yang perlu dihormati.
Malah, undang-undang di Malaysia juga memperuntukkan peraturan untuk tidak menyentuh mana-mana isu berkaitan agama, kaum dan kedaulatan diraja.
Tidak kiralah anda bergelar ahli politik mahupun artis terkenal, tindakan tegas akan diambil jika membahaskan berkaitan isu terbabit.
Masih Ada Harapan Untuk Artis Antarabangsa
Baru-baru ini, seorang penyanyi rap dari Korea menunjukkan rasa hormat kepada peminat beragama Islam di Malaysia yang hadir ke konsertnya pada Khamis lalu (20 Julai).
Penyanyi rap bernama Bang Yong-Guk atau dikenali sebagai Yongguk berusia 33 tahun itu melangsungkan konsert “Colors of Bang Yongguk Asia Tour” di Auditorium Shantanand, Kuala Lumpur.
Apa yang menarik perhatian orang ramai ketika konsert penyanyi rap tersebut yang dijadualkan bermula jam 7:00 sehingga 9:00 malam adalah dia menyediakan waktu rehat selama 15 minit selepas 45 minit persembahan berjalan.
Tempoh waktu itu diberikan khas untuk membolehkan para penonton yang beragama Islam untuk menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu sebelum menyambung semula persembahan.
Pihak penganjur juga difahamkan menyediakan ruangan solat di dalam auditorium berkenaan.
“Jadi di Malaysia, kita ada masa untuk solat bagi mereka yang perlu menunaikan kewajipan mereka”, kata penterjemah dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Dia juga meminta para peminat bukan warganegara Malaysia dan mereka yang bukan beragama Islam untuk memahami mengapa mereka memberikan tempoh rehat buat sementara waktu.
Saya tahu ada peminat dari luar Malaysia yang hadir ke persembahan hari ini dan saya menghargai jika anda memahami mengapa kami memperuntukkan waktu untuk berehat. Kami akan berehat untuk 15 minit dan jumpa selepas ini.
Bang Yong-Guk.
Masukkan prayer break dalam schedule, sediakan bilik untuk solat, yongguk announced sendiri waktu solat and even explained about it to fans from other countries yang maybe tak faham kenapa and asked for their understanding. Bang Yongguk is the standard.
— ✨아린누나✨|PCD BANG YONGGUK IN KL| (@yoogoleen_) July 20, 2023
https://t.co/9UDJLU2vgk https://t.co/qUiMM2ZdGV pic.twitter.com/sCmllVtMSQ
Bukan itu sahaja, Yongguk secara peribadi turut meminta penterjemah untuk menterjemah ucapan serta pengumumannya dalam Bahasa Melayu kepada peminat di Malaysia.
Kebiasaannya, artis akan meminta penterjemah Korea-Inggeris atau mereka sendiri akan bercakap dalam bahasa Inggeris untuk peminat antarabangsa.
Namun Yongguk berjaya menawan hati peminatnya dengan menghormati budaya yang diamalkan.
Camni la adab yang baik buat konsert di negara orang….
— MYNEWSHUB (@mynewshub) July 23, 2023
Artis terkenal Korea, Bang Yong Guk hentikan konsert seketika, bagi peluang penonton solat Maghrib.
Beliau berbuat demikian pada konsertnya bertajuk Colors Of Bang Yong Guk di KL, Khamis lalu.
"Sekarang kita ada masa… pic.twitter.com/G8BtoRPV4F
Peminat Dan Netizen Puji Cara Penyanyi Rap Korea Bang Yong-Guk Hormat Budaya Di Malaysia
Tindakan yang dilakukan oleh Yongguk menunjukkan penyanyi rap ini seorang yang merendah diri dan ia membuatkan ramai peminatnya ‘cair’.
Mereka juga menjadikan Yongguk sebagai contoh teladan yang perlu dilakukan oleh artis antarabangsa yang lain.
Ada yang membandingkan Yongguk dengan Matty Healy dengan memberi pendapat bahawa inilah yang perlu dilakukan apabila artis antarabangsa di jemput ke negara orang lain.
This is so sweet, he is not obligated to do that but he still did it anyway. He had always been a gentleman since his debut. I'm so jealous for those who got to attend his fanmeet
— 🇵🇸 Bright After Rain (@EveFahh) July 20, 2023
asian artists in general are respectful. unlike western artists who thinks they’re priviledge and above everyone
— 阿里夫 ☕️ (@tg_arip) July 22, 2023
As far as i know Kpop idol ni memang dah dilatih since zaman trainee lagi untuk jadi seorang yang humble and well mannered bila jumpa dengan orang.Dorang siap ada kelas belajar pasal adab kot kat company dorang..👍👍😭😭
— Nur Aina (@NurAina59252271) July 22, 2023
Kpop idol more better than western one, i know some of k-idol pon sokong lgbt but when msuk ngra org diorng hrmt rules. Yg si western ni dahla sendu pstu acah nk jdi hero, muka pon mcm tkmndi
— _____ (@_jaajaaaa) July 22, 2023
Terdahulu, Bang Yongguk juga dikenali sebagai ketua kumpulan K-Pop B.A.P dan kini telah memilih untuk bergerak secara solo sejak tahun 2018.
Pada tahun ini, Yongguk telah mengadakan jelajah dunia bermula dari Amerika Syarikat pada Jun dan Eropah pada Julai. Dia memulakan jelajah dunia di Asia pada separuh kedua bulan Julai, bermula dari Manila pada 14 Julai dan berakhir di Bangkok pada 26 Julai.
Yongguk dijadualkan bertemu dengan peminat di Malaysia pada 20 Julai sebelum terus ke Taipei pual selepas itu.
Antara lagu popular yang diminati ramai adalah:
Ketika berada di Malaysia, Yongguk juga berpeluang untuk bertemu dengan pereka fesyen terkenal iaitu Jimmy Choo.
Artikel Berkaitan: Australian Singer Kid Laroi Holds A “Mini GVF2023” Concert At A Hotel Bar For Fans
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.