Now Reading
Terlalu Minat Dengan Seragam Pekerja ‘Tradie’, Lelaki Singapura Ini Siap Pakai Ketika Keluar ‘Dating

Terlalu Minat Dengan Seragam Pekerja ‘Tradie’, Lelaki Singapura Ini Siap Pakai Ketika Keluar ‘Dating

Lelaki warga Singapura itu yang melancong ke Australia buat pertama kali pada tahun lepas telah jatuh cinta dengan baju ‘tradie’ berwarna oren terang ketika melihatnya di Kmart.

Lelaki-Taksub-Dengan-Baju-Kerja-Australia-Siap-Pakai-Waktu-Pergi-Dating-Ya

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Setiap kali melancong ke mana-mana destinasi tidak kiralah di dalam atau luar negara, mesti kita akan membeli cenderahati atau barangan untuk dijadikan sebagai kenangan.

Antara cenderahati yang biasa dibeli oleh para pelancong adalah seperti keychain, magnet peti ais, baju dan sebagainya.

Namun lain pula situasi yang berlaku kepada seorang lelaki warga Singapura ini selepas dia pulang melancong dari Australia.


Lelaki Warga Singapura Terlalu Minat Dengan Baju Pekerja ‘Tradie’ Di Australia

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@renaecjc), wanita ini berkongsi sebuah kisah tentang tunangnya yang dikatakan taksub dengan pakaian seragam pekerja warga Australia.

Secara spesifiknya, tunangnya menggemari pakaian pekerja Australia yang digelar sebagai ‘tradie’ iaitu pekerjaan dalam bidang kemahiran dan memerlukan kekuatan fizikal.

Dia melancong ke Australia buat pertama kali pada tahun lepas dan terus jatuh cinta dengan baju ‘tradie’ warna oren terang ketika pertama kali melihatnya di Kmart.

Pengguna TikTok @renaecjc.

Walaupun cuaca agak sejuk di Australia, lelaki tersebut tetap memakai t-shirt berlengan pendek itu ketika melancong di negara berkenaan.

Disebabkan terlalu minat dengan baju tersebut, lelaki itu juga memakai pakaian seragam yang sama ketika pulang semula ke Singapura dan mendapat pujian daripada pekerja lapangan terbang.

Bukan setakat di Australia, lelaki itu juga memakai baju tersebut di Singapura sehingga kelihatan sama dengan pekerja restoran ketika mereka keluar ‘dating’.

Tunang saya pakai baju tu pergi pejabat dan juga ketika keluar pergi ambil saya balik kerja.

Pengguna TikTok @renaecjc.

Tambah wanita itu, tunangnya telah melancong ke Australia buat kali kedua dan berkunjung ke kedai jualan yang menjual pakaian seragam ‘tradie’. Difahamkan, lelaki tersebut sekali lagi membeli baju berkenaan.

Carilah lelaki yang sayang korang macam mana tunang saya ‘cintakan’ pakaian seragam tradie ini.

Pengguna TikTok @renaecjc.

Warga Australia Pun Terhibur Tengok Gelagat Lelaki Ini Yang Terlalu Gemarkan Pakaian Seragam ‘Tradie’

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang terhibur melihat gelagat lelaki tersebut yang terlalu meminati pakaian seragam ‘tradie’ di Australia.

Telatah warga Singapura itu juga membuatkan beberapa pengguna TikTok berasal dari Australia agak terkejut melihat sikap lelaki berkenaan yang menggemarkan seragam pekerja negara mereka.

Malah ada netizen yang memuji gelagat lelaki terbabit agak comel!


Kenapa Baju ‘Tradie’ Kebiasaanya Berwarna Terang?

‘Tradie’ merupakan gelaran yang diberikan kepada mereka yang berkerja sebagai ‘tradesman’ di Australia.

Kebiasaannya mereka yang menjalankan tugas sebagai ‘tradie’ akan memakaikan pakaian seragam berwarna terang seperti oren, kuning dan merah adalah kerana tujuan keselamatan ketika berada di ‘site’.

Warna-warna yang terang juga membolehkan pengguna jalan raya melihat kewujudan pekerja ‘tradie’ ketika kerja-kerja pengubahsuaian jalan sedang dilakukan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd