Now Reading
Pakai Seluar Pendek Di Kelantan, Wanita Bukan Beragama Islam Didenda

Pakai Seluar Pendek Di Kelantan, Wanita Bukan Beragama Islam Didenda

Wanita bukan beragama Islam itu didenda di Kelantan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana memakai seluar pendek paras lutut di tempat awam.

Individu beragama Islam juga boleh dikenakan denda sehingga

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sangat mementingkan bab penjagaan aurat terutamanya dalam kalangan masyarakat beragama Islam.

Golongan wanita di Kelantan tidak dibenarkan untuk mengenakan pakaian seksi yang mendedahkan aurat di mana peraturan sama juga dikenakan buat kaum lelaki.

Di bawah Seksyen 34 Undang-undang Kecil Perniagaan dan Perdagangan Perindustrian 2019, pemilik perniagaan beragama Islam dan bukan Islam perlu memastikan mereka berpakaian sopan semasa bekerja.


Wanita Bukan Islam Dikompaun Kerana Memakai Seluar Pendek Di Kelantan

Semalam (25 Jun), seorang wanita bukan beragama Islam telah didenda oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) gara-gara tindakannya memakai seluar pendek pada paras lutut yang dianggap tidak senonoh.

Wanita tersebut telah ditemui oleh pegawai MPKB sekitar jam 11:10 pagi ketika berada berhampiran Mentari Collection House.

Berdasarkan notis denda yang dikeluarkan, wanita berkenaan didapati melakukan kesalahan di bawah 34(2)(b) Undang-undang Kecil Perniagaan dan Perdagangan Perindustrian MPKB 2019.

Perkara ini mula menjadi perhatian ramai selepas satu ciapan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@BadBoy2662).

Memetik laporan New Straits Times, wanita bukan beragama Islam itu diberikan tempoh sehingga tujuh hari untuk menyelesaikan pembayaran denda berkenaan.


Netizen Mempersoalkan Undang-undang Tersebut Yang Dahulu Didakwa Tidak Terpakai Kepada ‘Non-Muslim’

Susulan isu golongan bukan beragama Islam yang didenda kerana memakai seluar pendek, ramai netizen di media sosial mempersoalkan perkara tersebut.

Ini kerana undang-undang terbabit dahulunya dikatakan tidak terpakai kepada individu bukan beragama Islam dan hanya melibatkan masyarakat beragama Islam sahaja.


Undang-undang Berkaitan Aurat Di Negeri Kelantan

Memetik laporan Harian Metro pada tahun 2017, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) Datuk Che Mohd Rahim Jusoh menjelaskan individu bukan Islam yang berkunjung ke negeri Kelantan tidak perlu bimbang sekiranya berpakaian mencolok mata.

Beliau menjelaskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 hanya digunapakai ke atas individu beragama Islam sahaja.

Individu beragama Islam juga boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd