Now Reading
“Saya Tak Nak Tengok” – Wes Anderson Luah Enggan Tonton Trend Filemnya Di TikTok

“Saya Tak Nak Tengok” – Wes Anderson Luah Enggan Tonton Trend Filemnya Di TikTok

Wes Anderson juga meminta rakan-rakannya untuk tidak menghantar video kepadanya melibatkan gaya perfilemannya yang menjadi trend viral di TikTok.

Wes Anderson Tak Suka Tengok 'Style' Filemnya Jadi Trend Di TikTok

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Trend yang diinspirasikan daripada filem arahan Wes Anderson sebelum ini banyak dilakukan oleh netizen terutamanya di platform TikTok.

Trend Wes Anderson itu dilakukan dengan mementingkan tona warna yang menjadi ‘signature’ visual dalam kebanyakan filem Wes Anderson serta subjek di dalam kamera perlu dalam keadaan simetri.

Muzik Obituary’ oleh Alexandre Desplat yang digunakan dalam salah satu filem Wes Anderson iaitu ‘The French Dispatch’ juga perlu dijadikan sebagai latar belakang.

Antara individu yang tidak turut ketinggalan untuk melakukan trend Wes Anderson ini adalah Timbalan Speaker Dewan Rakyat iaitu Datuk Ramli Mohd Nor.

BACA JUGA: Timbalan Speaker Dewan Rakyat Tawan Hati Netizen Dengan Video Trend Wes Anderson

Sumber:

Wes Anderson Dedah Kurang Gemar Dengan Trend Viral Filemnya Di TikTok

Baru-baru ini Wes Anderson telah ditemu bual bersama agensi media The Times dan mereka meminta pendapat dari pembuat filem tersebut tentang trend viral di TikTok yang diinspirasikan mengikut gaya perfilemannya.

Anderson mendedahkan dia sebenarnya kurang gemar dengan trend viral tersebut dan meminta rakan-rakannya untuk tidak menghantar apa-apa video berkaitan kepadanya.

Saya akan berusaha sedaya upaya untuk melindungi diri saya daripada melihat video trend tersebut. Kalau ada sesiapa yang menghantarnya kepada saya, saya akan terus pada dan meminta mereka untuk tidak menghantarnya lagi.

Pembuat filem Amerika Syarikat, Wes Anderson.

Mesti ramai terfikir, kenapa Anderson berkelakuan sedemikian?

Wes Anderson. (Sumber: IMDb)

Ini kerana dia tidak mahu mempersoalkan karyanya sendiri berdasarkan trend viral yang dicipta oleh pengguna media sosial.

Saya tak nak tengok dan berfikir ‘Ini ke yang saya buat?’ atau ‘Ini ke yang saya maksudkan?’. Saya tak nak tengok sangat apa yang orang lain fikir tentang apa yang saya cuba buat.

Pembuat filem Amerika Syarikat, Wes Anderson.

Anderson berhak untuk tidak menggemari trend viral tersebut kerana video yang dihasilkan oleh para peminatnya tidak mencerminkan 100% gaya perfilemannya.


Siapa Sebenarnya Wes Anderson?

Wes Anderson atau nama sebenarnya Wesley Wales Anderson yang dilahirkan pada 1 Mei 1969 di Houston, Texas merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik.

Difahamkan, ibu bapanya telah bercerai ketika dia berusia lapan tahun.

Anderson berjaya menamatkan pengajian di University of Texas dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Falsafah).

Sebelum bergelar pembuat filem, Anderson pernah memasang niat untuk menjadi seorang penulis.


Filem-filem Yang Dihasilkan Oleh Wes Anderson

Wes Anderson merupakan pembuat filem Amerika yang popular dengan gaya tersendiri dengan mementingkan beberapa aspek seperti simetri, tona warna dan visual naratif.

Kebanyakan filemnya mengangkat tema seperti kesedihan, perpecahan dalam keluarga dan kehilangan orang tersayang.

Wes Anderson Tak Suka Tengok 'Style' Filemnya Jadi Trend Di TikTok
Sumber: IMDb

Filem pertama Anderson adalah Bottle Rocket yang dihasilkan pada tahun 1996 bersama Luke Wilson dan Owen Wilson.

Antara filem-filem lain yang dihasilkan oleh Wes Anderson adalah:

  • The Grand Budapest Hotel (2014)
  • Fantastic Mr. Fox (2009)
  • Isle of Dogs (2018)
  • The Darjeeling Limited (2007)
  • Moonrise Kingdom (2012)

Wes Anderson juga bakal melancarkan filem terbaharu bertajuk Asteroid City pada Jumaat ini (23 Jun). Sementara menunggu filem ini keluar, boleh tengok trailer dulu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd