[Video] Masak Daging Wagyu Untuk Anak, Ramai Puji ‘Effort’ Nabila Huda Buat Bekal Anak Ke Sekolah
Bersama dengan daging wagyu, pelakon Nabila Huda juga menyediakan menu Truffle Garlic Penne, sos Napoletana dan buah jambu sebagai bekal anaknya ke sekolah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Sebagai ibu, pastinya mereka mahu memastikan anak-anak tidak kelaparan di sekolah dengan memberi wang belanja atau menyediakan bekal dari rumah.
Sesetengah kanak-kanak pula ada yang tidak suka membeli di kantin dan lebih mengemari hidangan masakan ibu mereka.
Tetapi lain pula bekal yang dibawa oleh anak kepada orang pelakon ini. Bukan biasa-biasa ya!
Nabila Huda Bekalkan Daging Wagyu Untuk Anak Makan Di Sekolah
Menerusi video yang dimuat naik oleh pelakon terkenal tempatan iaitu Nabila Huda di laman Instagram miliknya (@kupu_kupu), dia juga dilihat menyediakan bekal untuk anaknya, Keisha Laila ke sekolah.
Dalam video tersebut, Nabila menunjukkan dia sedang memasak menu Truffle Garlic Penne, sos Napoletana, buah jambu dan daging wagyu. Lain macam ya bekal anaknya ke sekolah!
Bekalan itu juga diisi di dalam bekas berasingan dan dimasukkan dalam sebuah beg untuk memudahkan anaknya bawa ke sekolah.
Ramai Netizen Kagum Dengan Menu Daging Wagyu Sebagai Bekal Sekolah Anak Nabila Huda
Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang kagum dengan menu bertaraf T20 itu kerana mengetahui harga daging tersebut agak mahal di pasaran.
Mereka juga memuji cara Nabila menyediakan hidangan bekal terbaik kepada anaknya di sekolah. Siap ada yang bergurau kononnya nak jadi anak Nabila Huda.
Beruntungnya Keisha dapat bawa bekal sedap-sedap pergi sekolah.
Menu Mudah Untuk Bekal Anak Ke Sekolah
Buat para ibu di luar sana yang sudah kekeringan idea untuk mempelbagaikan menu bekal anak ke sekolah, jom kami bantu anda dengan menyenaraikan hidangan mudah.
Antaranya:
- Bihun goreng
- Piza roti
- Roti jala kuah kari
- Roti sandwic
- Spageti
- Nasi lemak
- Donut
- Mihun goreng
Semoga senarai di atas dapat membantu ibu-ibu sekalian menyediakan bekal untuk anak ke sekolah dengan lebih mudah dan pantas. Kalau ada menu yang best, kongsilah dengan kami juga ya.
BACA JUGA: Nabila Huda Alami Masalah Mudah Lupa, Minta Nasihat & Tips Di Twitter
BACA JUGA: 30 Kebayas In 30 Days: Malaysian Actress Nabila Huda Stylishly Struts In NYC
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.