Now Reading
Nabila Huda Alami Masalah Mudah Lupa, Minta Nasihat & Tips Di Twitter

Nabila Huda Alami Masalah Mudah Lupa, Minta Nasihat & Tips Di Twitter

Antara tips untuk menguatkan semula daya ingatan adalah dengan kerap membaca buku.

nabila huda minta tips kuatkan ingatan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau dahulu, masalah lupa ingatan sering dikaitkan dengan warga emas yang sudah tua. Tapi zaman sekarang ini, usia belum cecah 40 tahun pun sudah ramai yang mula menghadapi kesukaran berkenaan.

Masalah lupa ingatan sering berlaku kepada mereka yang pernah dijangkiti Covid-19. Mengikut kajian Universiti Oxford, virus penyakit tersebut boleh menyebabkan otak mengecut dan mengurangkan fungsinya untuk memberi tumpuan.

Segelintir bekas pesakit Covid-19 akan mengalami ‘brain fog‘ menyebabkan mereka kerap terlupa serta susah untuk fokus.

Orang ramai kongsi tips untuk atasi masalah lupa ingatan

Masalah tersebut turut dialami oleh salah seorang pelakon tempatan iaitu Nabila Huda atau juga dikenali sebagai Abil.

Baru-baru ini, Abil berkongsi kisah di laman Twitter miliknya apabila dia merasakan bahawa bahagian otaknya semakin rosak kerana mengalami masalah lupa ingatan yang semakin teruk.

Disebabkan risau dengan keadaannya, Abil meminta tips serta bantuan daripada orang ramai di media sosial.

Tips untuk menguatkan semula minda

Ramai pengguna Twitter yang membalas hantaran tersebut dengan berkongsi beberapa tips untuk membantu mereka bagi menguatkan semula ingatan. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Bermain permainan yang menggunakan otak

Sumber: Gamesver

Sebenarnya bukan semua permainan video itu melalaikan. Kalau anda lihat di Google Play Store atau Apple App Store, ada banyak permainan yang juga bagus untuk perkembangan otak.

Contohnya seperti berikut:

Kajian membuktikan bahawa bermain permainan video mampu meningkatkan saiz dan kecekapan otak untuk kemahiran seseorang mengenal pasti hubungan visual serta ruang antara objek.

2. Baca dan hafal ayat al-Quran

Sumber: detikNew

Menerusi laporan Sinar Plus, tips ini turut disokong oleh seorang doktor pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Datuk Dr Hamid Arshat. Menurutnya, tabiat membaca dan menghafal ayat al-Quran mampu merangsang pertumbuhan sel-sel otak serta meningkatkan transmisi elektrik menerusi sinapsis.

3. Perbanyakkan makan makanan berkhasiat untuk otak

Sumber: Ask The Scientists

Segala hidangan yang masuk ke dalam badan akan mempengaruhi kesihatan kita. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa makanan yang mampu untuk bagus untuk perkembangan otak.

Antaranya seperti:

  • Ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3.
  • Telur
  • Kacang
  • Coklat hitam (dark chocolate)
  • Pisang
  • Nenas
  • Minyak kelapa
  • Bendi
  • Teh hijau
  • Kunyit
  • Belimbing
  • Keledek ungu

4. Membaca buku

Sumber: Youth Aspiring Magazine

Kalau otot badan kita perlu kerap melakukan aktiviti senaman bagi menjadikannya lebih kuat, sama juga seperti otak. Membaca buku adalah salah satu senaman yang mampu mengukuhkan fungsi di bahagian otak.

Kajian juga mendapati bahawa tabiat membaca melibatkan transmisi elektrik yang kompleks di dalam otak. Keupayaan seseorang untuk membaca dengan lebih kerap akan menjadikan otaknya semakin kuat.

5. Kurangkan rasa tertekan

Sumber: Verywell Mind

Kerap rasa stres atau tertekan juga boleh menjadi punca seseorang mudah terlupa.

Semasa berlakunya tindak balas tekanan kronik akibat terlampau stres, kawasan otak akan dirangsang secara berlebihan menyebabkan seseorang akan mudah terlupa. Pada masa yang sama, gangguan ini juga akan menyebabkan seseorang suka untuk fokus dan mengingati sesuatu perkara.


Diharapkan beberapa tips yang dikongsikan di atas dapat membantu anda semua untuk memulihkan semula daya ingatan. Tak apa, kita usaha dahulu dengan cara kita.

Kalau masalah tersebut semakin berlanjutan, lebih baik segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat serta rawatan yang sepatutnya.

BACA JUGA: Doktor Dedah Tabiat Suka Merungut & ‘Membawang’ Boleh Merosakkan Otak


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd