Now Reading
Bekas Teman Lelaki Minta Wanita ‘Refund’ RM15K Duit Belanja Sepanjang 4 Tahun Bercinta

Bekas Teman Lelaki Minta Wanita ‘Refund’ RM15K Duit Belanja Sepanjang 4 Tahun Bercinta

Bekas teman lelakinya mengugut wanita tersebut untuk membayar jumlah RM15,000 dalam tempoh secepatnya yang mungkin.

Bekas Teman Lelaki Minta Ex Bayar Balik RM15K Lepas 4 Tahun Belanja Sepanjang Bercinta

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Bila teringat pengalaman waktu bercinta dulu, memang macam-macam cerita yang kita boleh dengar. Ada yang jenis terimbau sehingga hati berbunga. Ada pula yang kalau boleh tak nak jumpa dah individu tersebut.

Senang kata, boleh jumpa macam gelagat orang ketika bercinta. Bukan senang ya nak mengenali hati budi seseorang. Tetapi tak salah mencuba kan?


Bekas Teman Lelaki Minta ‘Refund’ Duit Perbelanjaan RM15,000 Sepanjang 4 Tahun Bercinta

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna Twitter (@brgsjks), seorang wanita menceritakan pengalamannya sudah ‘break’ dengan bekas kekasih selepas menjalin hubungan selama empat tahun.

Wanita ini memberitahu bekas kekasihnya itu merupakan individu yang sering membelanjanya dan jarang meminta.

Namun, wanita tersebut menceritakan lelaki itu kerap menggunakan kad debit miliknya untuk membeli barangan di dalam permainan online kerana tidak mahu perbuatannya dihidu oleh ibunya.

Selain itu, wanita ini juga mengadu dia kurang diterima oleh keluarga lelaki tersebut kerana mempunyai latar belakang keluarga yang ‘biasa-biasa’.

Dia pun tak pernah back up aku depan family dia masa family dia caci aku. Lama-lama aku give up. Aku tawar hati. Aku minta la break up. Tapi dia tak nak. Aku paksa juga sebab hati aku sakit sangat.

Bekas teman wanita mengadu tentang teman lelakinya.

Keadaan menjadi lebih keruh apabila bekas teman lelakinya itu meminta dirinya untuk membayar sejumlah RM15,000 untuk menggantikan semula segala perbelanjaan yang pernah dikeluarkan ketika mereka bersama.

Pada mulanya, lelaki tersebut memberitahu bayaran berkenaan boleh dibayar pada bila-bila masa. Selama satu tahun, wanita yang sedang belajar pada semester kelapan ini telah membayar RM5,000 daripada pendapatan sampingan hasil perniagaan kecilnya.

Dia minta bayar balik semula RM15,000 yang dia dah belanja aku selama kami couple. Dia kata 15k tu dah kira ihsan dah la untuk almost 4 tahun couple. Tapi hari ini dia ugut aku, suruh bayar cepat lagi remaining and minimum by this month dia nak 500. Aku nak makan pun tak ada duit.

Bekas teman wanita mengadu tentang teman lelakinya.

Keadaan ini membuatkan wanita berkenaan agak bingung apabila berhadapan situasi tersebut.


Ramai Netizen Minta Tidak Terlalu Mengikut Kehendak Bayaran Tersebut

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen dan rata-ratanya tidak bersetuju dengan sikap bekas teman lelaki itu.

Ramai yang beranggapan wanita itu tidak sepatutnya membayar semula bayaran yang diminta kerana dia juga telah membenarkan kad debit miliknya digunakan untuk membeli barangan di dalam permainan online.

Siap ada yang kata wanita itu seolah-olah bercinta dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Jenis-jenis ‘Red Flag’ Ketika Bercinta Yang Anda Perlu Berhati-hati

Kadang-kadang bila tengah bercinta, agak sukar untuk kita melihat keburukan individu yang kita sayang. Memang betul orang tua kata, cinta itu buta.

Tetapi kalau sudah terserlah ‘red flag’ pada seseorang sehingga menjejaskan kehidupan kita, automatik undur diri siap-siap. Nak putar balik masa memang dah tak boleh.

Jadikanlah ini sebagai salah satu kenangan dalam hidup anda. Bila teringat balik, confirm geleng kepala oi!

Antara petanda ‘red flag’ yang anda perlu berhati-hati adalah sepert:

  • Suka mengkritik minat seseorang
  • Malas berusaha untuk keluar dari kesusahan
  • Bersikap cemburu buta
  • Mementingkan diri
  • Panas baran
  • Bersikap ‘flirty’ dengan individu berlainan jantina

BACA JUGA: Ini Antara Red Flag Masa Couple Yang Paling ‘Common’. Yang #5 Tu Tolonglah Kawal Sikit!

BACA JUGA: Para Wanita Kongsi Gelagat ‘First Date’ Dengan Lelaki Kedekut. Macam-macam Ya!

BACA JUGA: [Video] Wanita ‘Terpaling Limited Edition’ Dikecam, Muat Naik DM Reject Lelaki Di Media Sosial


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd