Now Reading
Para Wanita Kongsi Gelagat ‘First Date’ Dengan Lelaki Kedekut. Macam-macam Ya!

Para Wanita Kongsi Gelagat ‘First Date’ Dengan Lelaki Kedekut. Macam-macam Ya!

Lain macam bila pertama kali keluar dating dah tunjuk perangai kedekut.

first date kedekut

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila sebut bab bercinta, mesti ramai ada pengalaman tersendiri. Ada yang sampai teringat-ingat bila balik rumah, ada pula jenis yang kalau boleh tak nak jumpa dah individu tersebut.

Bukan senang nak serasi dengan orang baharu kerana kita masih belum mengenali hati budi mereka lagi. Tetapi tak salah mencuba kan?

BACA JUGA: Remaja Bergaduh Guna Kayu Besbol Di Klang Gara-gara Rebut Teman Wanita

Ramai rupanya yang pernah keluar dating dengan lelaki kedekut

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (brgsjks) memuat naik satu tweet di platform media sosial dengan bertanya tentang pengalaman warganet keluar dating dengan individu yang kedekut.

Boleh tahan ramai jugalah yang berkongsi cerita mereka. Macam-macam ya!

Antara gelagat yang dikongsikan oleh warganet adalah seperti berikut:

1. Berkira tentang makanan

Boleh dikatakan individu kedekut yang mereka temui itu agak berkira tentang makanan walaupun harganya tidaklah terlalu mahal. Contohnya seperti restoran makanan segera McDonald’s.

2. Berkira tentang duit perbelanjaan

Sementara itu, ada juga yang pernah berjumpa dengan individu yang agak berkira tentang duit perbelanjaan beli barang-barang walaupun sudah berkahwin.

Yang kelakarnya, ada juga kononnya nak beli macam-macam tetapi tak mahu menggunakan duit sendiri.

3. Bagi alasan tak ada wang tunai

Walaupun sekarang kita berada di zaman cashless, tetapi ada tempat yang masih memerlukan wang tunai untuk membuat pembayaran. Jadi, ada yang cuba menggunakan alasan tiada wang tunai untuk meminta individu lain membayar terlebih dahulu.

4. Berkira tentang duit minyak dan kereta

Bila kita tumpang kereta orang lain, ‘common sense’ kot untuk memberi duit tambang minyak kepada mereka. Tetapi sesetengah situasi akan bertukar pelik bila seseorang terlampau berkira sampai tak mahu bukan pendingin hawa kereta.


Aduh, tak sangka ada macam-macam perangai orang kedekut ni rupanya. Mungkin ada yang menganggap kalau belum berkahwin, tidak salah untuk bayar separuh-separuh bergantung kepada perbelanjaan yang dikeluarkan.

Senang kata, kena ada ‘common sense’ bila melibatkan bab duit. Nak belanja tak salah tetapi biarlah adil bagi kedua-dua belah pihak.

Kepada mereka yang pernah melalui pengalaman dengan individu yang kedekut, jadikanlah ini sebagai salah satu kenangan dalam hidup anda. Bila teringat balik, confirm geleng kepala oi!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd