Now Reading
Lebih 11,000 Data Pemohon UiTM Terdedah, Pihak Universiti Tampil Mohon Maaf

Lebih 11,000 Data Pemohon UiTM Terdedah, Pihak Universiti Tampil Mohon Maaf

Lebih 11,000 data pemohon Universiti Teknologi MARA (UiTM) melibatkan nombor kad pengenalan dan alamat e-mel telah didedahkan dalam satu pautan.

UiTM Mohon Maaf Kes Kebocoran Data Lebih 11,000 Calon (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kebocoran maklumat yang berlaku sangat membimbangkan kerana penjenayah scammer boleh menyalahgunakan data berkenaan untuk tujuan tidak sepatutnya.

Terdahulu, pernah wujud kes di mana jenayah kecurian data didakwa melibatkan maklumat 22.5 juta rakyat Malaysia menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Penjualan maklumat peribadi melibatkan orang dewasa dari tahun 1940 sehingga 2004 itu dipercayai telah dijual dengan harga US$10,000 (RM44,000) di sebuah laman web pangkalan data.

BACA JUGA: Data Peribadi 22 Juta Rakyat Malaysia Termasuk Menteri KDN Didakwa Bocor & Dijual Pada Harga RM44k

BACA JUGA: Data Peribadi Rakyat Malaysia Termasuk MySejahtera Didakwa Dijual Di Internet


Lebih 11,000 Data Pemohon UiTM Didedahkan Dalam Pautan Google Sheet

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@imraimy) mendedahkan bahawa sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) melibatkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) didakwa telah membocorkan lebih 11,000 maklumat pemohon.

Data tersebut yang melibatkan alamat e-mel serta nombor kad pengenalan telah dimuat naik dalam satu pautan tidak selamat untuk membolehkan pemohon menyemak maklumat mereka di dalam Google Sheet.

Menurut pemilik ciapan itu, maklumat dirinya juga terpampang di dalam Google Sheet berkenaan dan ragu-ragu untuk membuat laporan kerana ujian permohonan kemasukan akan berlangsung pada hari ini (10 Mei).


Netizen Luah Rasa Bengang Terhadap Kes Kebocoran Data Lebih 11,000 Pemohon UiTM

Kes kebocoran maklumat yang berlaku melibatkan lebih 11,000 data pemohon UiTM membuatkan ramai netizen meluahkan rasa bengang kerana bimbang data itu disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ada juga yang memberikan pendapat bahawa kesedaran tentang kepentingan memelihara data peribadi masih kurang mendapat perhatian sehinggakan data tersebut boleh dipaparkan secara umum di Internet.

UiTM Tampil Mohon Maaf Terhadap Kes Kebocoran Maklumat Melibatkan Lebih 11,000 Calon

Berikutan itu, pihak UiTM membalas ciapan tersebut di ruangan komen dengan memaklumkan bahawa mereka mengambil maklum tentang perkara yang berlaku dan memberitahu pautan kepada senarai itu sudah tidak lagi boleh digunakan.

Dalam pada itu, pihak UiTM juga tampil memohon maaf atas kesilapan yang berlaku kerana telah mendedahkan maklumat penting pemohon kepada umum.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd