Now Reading
Bekas Founder Bongkar Rahsia Pengasas Produk Timbang Kilo

Bekas Founder Bongkar Rahsia Pengasas Produk Timbang Kilo

Antara modus operandi yang didakwa digunakan untuk menaikkan jualan produk timbang kilo adalah dengan mempamerkan kehidupan gaya mewah.

Wanita Dedah Modus Operandi Founder Timbang Kilo

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pernah tak anda perasan kebanyakan pengasas produk akan mempamerkan kemewahan gaya hidup mereka seperti memiliki kereta sport, beg tangan berjenama dan sebagainya.

Katanya kekayaan itu semua hasil daripada perniagaan produk mereka, tetapi mesti ada yang terfikir bagaimana mereka boleh menjadi kaya dalam tempoh singkat?

Namun, siapa sangka bahawa tindakan mereka mempamerkan gaya hidup T20 itu didakwa sebagai salah satu taktik kotor untuk menipu orang ramai.

Perkara ini didedahkan oleh seorang pengguna Facebook (Emma Harshaw Fx) selepas dia juga dipercayai pernah terlibat menjadi golongan pengasas produk timbang kilo suatu ketika dahulu.

Taktik Yang Dilakukan Oleh Pengasas Produk Timbang Kilo Dalam Perniagaan

Wanita ini mendedahkan terdapat beberapa taktik yang diajarkan kepada pengasas produk timbang kilo untuk mengecapi kejayaan dalam tempoh yang singkat. Antaranya:

1. Taktik Pengasas Produk Timbang Kilo: Sertai Komuniti Geng Pengasas

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Abam Peah Holdings)

Golongan ‘founder’ ini dipelawa untuk menyertai komuniti bersama individu-individu lain yang turut menjadi pengasas produk berpusat di negeri Kelantan.

Pada ketika itu, wanita ini diajak untuk menyertai kumpulan tersebut adalah kerana dilihat mempunyai rupa serta berpotensi untuk berjaya.

Namun, ‘pangkat’ bekas pengasas ini dikatakan agak rendah sedikit berbanding yang lain kerana bukan berasal daripada negeri Kelantan.

2. Taktik Pengasas Produk Timbang Kilo: Pembekal

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Facebook Emma Harshaw Fx)

Segelintir pengasas mendapatkan bekalan produk mereka daripada kilang kosmetik OEM bertaraf GMP yang berada di Kelantan, Kedah, Selangor dan Perak. Ada juga founder lain yang cakap jika buat di kilang Thailand harganya jauh lebih murah.

Namun, wanita ini mendakwa sesetengah pengasas tidak mencadangkan dia berurusan secara terus dengan pihak kilang sebaliknya menyerahkan tugasan itu kepada mereka kerana dia bukan berasal daripada negeri Kelantan.

3. Taktik Pengasas Produk Timbang Kilo: Perbincangan

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Facebook NB Cream Terengganu)

Sebagai pengasas, mereka boleh menentukan jenis produk yang ingin dibuat seperti dari segi kegunaannya, bentuk, dan bau dengan jumlah minimum 500 unit berharga RM10.80 bagi setiap satu.

Malah, pihak kilang juga akan mengendalikan segala urusan bagi mendapatkan Nombor Notifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau digelar NOT KKM.

Namun, berbeza pula dengan kos jika dibuat di kilang Thailand yang harganya lebih murah iaitu RM3.40 untuk satu plastik. Tetapi urusan melibatkan KKM tidak dilakukan.

4. Taktik Pengasas Produk Timbang Kilo: Modal

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Twitter @isaabukri)

Sebagai permulaan, wanita ini terpaksa membuat pinjaman sebanyak RM40,000 dan menambah sedikit duit simpanannya berjumlah RM10,000 bagi memulakan perniagaan produk timbang kilo.

Kos di awal perniagaan dianggarkan berjumlah RM15,000 manakala jumlah untuk melakukan ‘marketing’ termasuklah menyewa kereta, rumah serta iklan di media sosial adalah sekitar RM30,000.

5. Taktik Pengasas Produk Timbang Kilo: Pangkalan Data

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Corporate Finance Institute)

Kebanyakan ‘Geng Founder’ akan berkongsi pangkalan data agen yang bernaung di bawah mereka. Jadi, jangan terkejut kalau ada agen yang menjual produk A dan turut mendapat tawaran menjadi agen produk B.

6. Taktik Pengasas Produk Timbang Kilo: Pemasaran (Marketing)

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Facebook Beautiful Malaysia)

Golongan pengasas produk timbang kilo ini didakwa akan meminjamkan kereta mewah mereka kepada founder baharu untuk tujuan mempromosikan marketing.

Perjanjian juga akan dibuat untuk proses penukaran nama buat sementara waktu termasuklah dari segi penukaran nombor plat dan warna cat.

Kebiasaannya tempoh sewaan kereta mewah itu hanya dalam tempoh tiga bulan sehingga satu tahun tanpa sebarang bayaran dikenakan. Namun syaratnya adalah founder perlu memberi beberapa peratus keuntungan mereka sepanjang tempoh sewaan.

Selain kereta, komuniti pengasas produk timbang kilo ini juga akan membuat sewaan rumah untuk tujuan pemasaran sahaja.

7. Taktik Pengasas Produk Timbang Kilo: Jualan

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Twitter @shahredzua4111)

Bekas founder ini mendedahkan dia berjaya menjual 6000 unit produknya dalam tempoh satu minggu selepas menjualnya kepada agen.

Keuntungan yang diperolehi adalah RM12 untuk setiap satu dan mendapat untung kasar berjumlah RM90,000 manakala untung bersih pula RM40,000.


Taktik Penipuan Yang Diajar Untuk Pengasas Produk Timbang Kilo

Disebabkan perniagaan diteruskan dengan cara menipu, perkara itu membuatkan dia rasa bersalah dan bertindak untuk berhenti menjadi ‘founder’.

Antara penipuan yang didakwa diajar oleh ‘geng founder’ ini adalah:

  • Perlu menunjuk-nunjuk kereta mewah yang dimiliki.
  • ‘Overclaim’ dengan membuat review palsu bersama agen dan founder yang lain.
  • Acah-acah mempunyai rumah mewah.
  • Memperdaya pihak KKM dengan menghantar produk sampel berlainan dengan apa yang diuji dan dijual.

Perkongsian wanita ini mendapat perhatian ramai sehingga meraih 16,000 share di Facebook selepas hantaran tersebut beberapa hari dimuat naik.

Malah, ada juga founder yang memberi reaksi kurang berpuas hati dengan pendedahan dilakukan oleh wanita berkenaan.

BACA JUGA: “Ada Racun Berjadual” – KKM Beri Amaran Senarai Produk Kosmetik Miliki Bahan Bahaya

BACA JUGA: “Nak Putihkan Kulit, Akhirnya Menggelupas” KKM Beri Amaran Jangan Guna Produk Kosmetik Ini


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd