Now Reading
“Ada Racun Berjadual” – KKM Beri Amaran Senarai Produk Kosmetik Miliki Bahan Bahaya

“Ada Racun Berjadual” – KKM Beri Amaran Senarai Produk Kosmetik Miliki Bahan Bahaya

KKM menerusi kenyataan tersebut menjelaskan produk mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terbaharu, hari ini (4 Julai), Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan telah menggesa orang ramai untuk mengelakkan daripada membeli serta menggunakan produk-produk kosmetik ini.

Ia kerana produk-produk kosmetik yang disenaraikan di bawah telah dikesan mengandungi racun berjadual seperti:

Sumber: KKM

Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat juga telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Di bawah merupakan produk-produk yang terlibat:

 BIELA BEAUTY GLOWING NIGHT CREAM.
(Sumber: KKM)
BL Skincare Day Cream 1.
(Sumber: KKM)
BL Skincare Day Cream 2.
(Sumber: KKM)
BL Skincare Night Cream.
(Sumber: KKM)

Penggunaan Tanpa Pengawasan Boleh Menyebabkan Kesan Sampingan Tidak Diingini

KKM menerusi kenyataan sama menjelaskan produk mengandungi hydroquinone dan tretinoin merupakan ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Ia hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.

Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan berkenaan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:

  • Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
  • Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Mengulas lanjut, Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan.

Malah, ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.


Warning: Kepada Penjual & Pengedar Produk.

KKM menggesa penjual dan pengedar produk-produk berkenaan untuk menghentikan penjualan serta pengedaran produk tersebut dengan serta-merta.

Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

Manakala denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.


Orang Awam Digesa Berhenti Guna Produk Ini, ASAP!

Orang awam yang masih menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Anda juga digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

BACA JUGA: “Nak Putihkan Kulit, Akhirnya Menggelupas” KKM Beri Amaran Jangan Guna Produk Kosmetik Ini


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd