Now Reading
Ahli Parlimen Rasmikan Mesin ATM Di Terengganu, Netizen Tanya Perlu Ke?

Ahli Parlimen Rasmikan Mesin ATM Di Terengganu, Netizen Tanya Perlu Ke?

Perasmian mesin ATM di stesen minyak BHP Kampung Bukit Payung Hulu Besut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Besut Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh.

"Bukan Semua Tempat Ada"- Perasmian Mesin ATM Di Terengganu Jadi Pertikaian Netizen

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali nak keluarkan wang tunai, mesin ATM akan menjadi lokasi tumpuan orang ramai. Tetapi anda tahu tak, bukan semua tempat menyediakan kemudahan mesin ATM.

Sesetengah penduduk di kawasan kampung dan pedalaman terpaksa menempuh perjalanan selama 30 hingga 60 minit dari kediaman mereka hanya untuk ke mesin ATM.

Situasi ini turut dirasai oleh penduduk sekitar Hulu Besut, Terengganu apabila mereka terpaksa bersusah payah untuk mengeluarkan duit di mesin ATM.

Baru-baru ini, penduduk Hulu Besut, Terengganu menarik nafas lega apabila sebuah mesin ATM telah ditempatkan di sebuah stesen minyak BHP Kampung Bukit Payung Hulu Besut.

Malah, detik bermakna itu turut dilancarkan oleh Ahli Parlimen Besut Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh bagi merasmikan mesin ATM berkenaan.

Suasana ketika majlis perasmian sempat dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok (@piyabesut) semasa di dalam stesen minyak berkenaan.


Perasmian Mesin ATM Timbulkan Pertikaian Orang Ramai Di Media Sosial

Di ruangan komen video tersebut, perasmian mesin ATM itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Meskipun kewujudan ATM tersebut akan memudahkan penduduk setempat, ada netizen mempersoalkan majlis perasmian tersebut memandangkan ia hanyalah sekadar mesin untuk mengeluarkan duit yang biasa dijumpai di mana-mana lokasi.

Namun begitu, segelintir penduduk menjelaskan bahawa dengan adanya mesin ATM yang dipandang remeh oleh orang ramai itu sebenarnya akan memudahkan urusan penduduk sekitar bagi mengeluarkan duit.

Difahamkan sebelum wujudnya mesin ATM yang dirasmikan ini, mesin terdekat adalah setengah jam dari Hulu Besut.

Walaupun kita sudah terbiasa dengan kemudahan sedia ada, itu tidak bermakna kita boleh memandang rendah kepada mereka yang baru diberikan rezeki untuk menikmati sesuatu kemudahan.

Tidak dinafikan kemudahan di bandar dan juga kawasan pedalaman mempunyai sedikit perbezaan. Tetapi perbezaan itu bukanlah ‘tiket’ anda untuk memperkecilkan penduduk di sana.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd