[Video] Diselar Guna Minyak Banyak Untuk Resepi Sambal, Khairul Aming Tampil Beri Respon Padu
Dr Rafidah Abdullah memberi pendapat bahawa resepi masakan Sambal Hijau Bilis oleh Khairul Aming itu terlampau berminyak.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Setiap kali menjelang bulan Ramadan, cef selebriti Khairul Aming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman akan dicari oleh orang ramai untuk segmen ’30 Hari 30 Resepi’.
Pelbagai video resepi masakan yang akan dimuat naik oleh Khairul Aming di media sosial miliknya termasuklah lauk-pauk, pencuci mulut dan juga minuman.
Malah, resepi Khairul Aming itu telah mencetuskan fenomena sehingga sebuah pasar raya menyediakan ruangan khas bagi memudahkan pelanggan mereka membeli bahan untuk mencuba resepi agar-agar buah oleh cef selebriti tersebut.
BACA JUGA: Pasar Raya Di Alor Setar Buat Rak Khas Untuk Bahan Resepi Khairul Aming
Dr Rafidah Beri Pendapat Resepi Masakan Khairul Aming Tidak Bagus Untuk Kesihatan Rakyat Malaysia
Pada Ramadan yang kesembilan lalu, Khairul Aming telah memuat naik resepi Sambal Hijau Bilis untuk dimakan ketika berbuka puasa dan bersahur.
Namun, video resepi itu mendapat kritikan daripada seorang doktor kesihatan iaitu Dr Rafidah Abdullah di laman Twitter miliknya (@rafidah72).
Menurut Dr Rafidah, dia berharap agar Khairul Aming dapat memberikan resepi masakan yang lebih berkhasiat kepada rakyat Malaysia kerana mendakwa cara masakan Sambal Hijau Bilis itu terlampau berminyak.
Beliau juga menasihati Khairul Aming untuk peka dengan masalah kesihatan masyarakat kerana bimbang sekiranya ia bertambah teruk di kemudian hari.
Salam KhairulAming. Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat. Banyak sangat minyak ni. Goreng is not good. Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum. TK. https://t.co/vIjsh4lmTV
— Dr Rafidah Abdullah (@rafidah72) April 1, 2023
Pelbagai Reaksi Oleh Netizen Selepas Dr Rafidah Beri Teguran Tentang Resepi Masakan Khairul Aming
Kritikan yang diberikan oleh Dr Rafidah menjadi tular di Twitter dan pelbagai pendapat diberikan oleh netizen.
Ada yang mempunyai pendapat sama di mana Khairul Aming perlu tampil dengan resepi lebih sihat dan berkhasiat kepada masyarakat.
Namun, ramai juga mengatakan bahawa Khairul Aming seharusnya diberikan kebebasan untuk menghasilkan konten dan bukannya individu yang bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan rakyat Malaysia.
Malah, ada juga yang memberi pandangan supaya Dr Rafidah mencipta video masakan sendiri yang lebih sihat untuk panduan masyarakat.
Bercakap soal menu sihat, difahamkan Khairul Aming juga mempunyai akaun Instagram (@amingnaksihat) memuat naik resepi berkhasiat terutama sekali kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan.
Khairul Aming Beri Respon Tentang Teguran Dari Dr Rafidah Mengenai Resepi Masakannya
Selepas menerima pelbagai maklum balas dari orang ramai tentang resepi masakannya yang dikatakan menggunakan kuantiti minyak terlalu banyak, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan.
Dalam video dimuat naik di laman Twitter miliknya (@khairulaming), cef selebriti itu menjelaskan bahawa dia menerima segala nasihat dan maklum balas yang diterima dengan hati terbuka.
Dia juga melihat isu yang tular ini dari dua persepektif iaitu dari sudut sebagai seorang rakyat Malaysia yang ingin menurunkan berat badan serta ‘content creator’.
- Perspektif sebagai seorang yang ingin menurunkan berat badan.
Tidak dinafikan apabila seseorang ingin menurunkan berat badan, mereka dinasihati untuk mengambil makanan lebih berkhasiat seperti nasi beras perang, sayur-sayuran, salmon dan sebagainya.
Namun cara ini membuatkan Khairul Aming agak tertekan kerana tidak dapat menikmati makanan di sekelilingnya dan menyebabkan beratnya kembali naik selepas telah berjaya menurunkan 13 kilogram ketika memepunyai berat 113 kilogram.
Dua tahun lepas saya ada buat journey untuk sihat, memang menjadi dan kurus. Tetapi selepas itu berat saya naik balik dan lagi tinggi dari sebelumnya kerana stres tidak dapat makan makanan di sekeliling saya. Sebab itulah bila nampak mi goreng, nasi kukus semua saya makan tanpa ikut portion dan berat pun naik semula.
Cef selebriti, Khairul Aming.
Untuk ‘journey’ kurus Khairul Aming pada kali ini, dia telah belajar dari kesilapan dengan cara tetap menikmati hidangan lazat di sekelilingnya. Yang penting, kena kawal kuantiti pengambilan.
- Persepektif dari seorang ‘content creator’
Khairul Aming tidak menafikan bahawa resepi yang dikatakan menggunakan minyak masak terlampau banyak itu boleh digantikan dengan bahan lebih sihat. Tetapi hasilnya tidak akan sama seperti menu asal.
Kalau kita nak sambal yang sedap, kita kena masak dengan minyak yang banyak supaya dia pecah minyak. Kalau nak ayam goreng yang juicy, kena guna minyak yang banyak. That’s the way it is.
Cef selebriti, Khairul Aming.
Dalam pada itu, Khairul Aming memberi pendapat bahawa video masakannya itu memberi gambaran realiti tentang bagaimana sesuatu hidangan dimasak kedai makan disediakan.
Kalau you guys tak biasa masak dan beli di kedai makan, you guys tak rasa bersalah sangat. Tapi bila I tunjuk video masakan, ada yang komen minyak banyak. Sebenarnya sama sahaja cara masakan di kedai makan.
Cef selebriti, Khairul Aming.
Tambahnya lagi, jika dia mengubah resepi dan menyebabkan menu tersebut tidak sedap, ia akan menyebabkan dirinya dikritik oleh netizen.
Nasihat dari Khairul Aming adalah untuk mengawal pengambilan makanan dengan mengamalkan hidangan ‘suku-suku-separuh’.
Kalau anda sendiri nak gantikan bahan dalam resepi mengikut cita rasa masing-masing pun tiada masalah.
Thank you kepada semua yang bagi feedback mengenai minyak masak dalam masakan, I will take note for improvement 🙏🏻. If you dont mind, I want to share my perspective on this issue, especially coming from me as an obese Malaysian and also a food content creator: pic.twitter.com/OGQgBjqbvP
— Khairulaming (@khairulaming) April 2, 2023
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.