Now Reading
Polis Buru 2 Lelaki Kes Samun Wanita Di Stesen Minyak Di Cheras

Polis Buru 2 Lelaki Kes Samun Wanita Di Stesen Minyak Di Cheras

Penyamun di stesen minyak sekitar Cheras itu dilihat mengambil beg tangan wanita di bahagian tempat duduk penumpang sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikalnya.

Polis Buru 2 Lelaki Kes Samun Wanita Di Stesen Minyak Di Cheras

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Jenayah samun dilihat semakin berleluasa di Malaysia dan menyebabkan ramai yang bimbang dengan keselamatan diri mereka ketika berada di tempat awam, tidak kira siang atau malam.

Rumah kediaman juga menjadi salah satu lokasi tumpuan penyamun kerana sebelum ini pernah berlaku beberapa kes samun di sekitar Putrajaya dengan menggunakan modus operandi yang sama di setiap rumah.

Penyamun tersebut akan mengikat mangsa serta mencuri wang tunai dan barang kemas yang berada di rumah ‘target’ mereka.

BACA JUGA: Kes Samun Rumah Di Putrajaya Makin Parah, Polis Kerap Buat Rondaan & Roadblock

BACA JUGA: Perompak Tikam Remaja Dengan Pemutar Skru Hingga Cedera Kini Diburu Polis


Wanita Disamun Di Stesen Minyak Di Cheras Ketika Buka Kunci Kereta

Baru-baru ini, tular sebuah video dimuat naik semula di laman Twitter (@redzuanNewsMPB) menunjukkan kejadian samun yang dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Cheras.

Dalam video berdurasi 14 saat itu, seorang wanita yang baru sahaja selesai mengisi minyak kereta sedang menuju ke pintu bahagian pemandu sebelum bertindak membuka kunci kenderaannya.

Malang tidak berbau apabila dia tidak menyedari bahawa seorang penyamun sedang berada di pintu bahagian penumpang dan sedang menunggunya untuk membuka kunci kereta tersebut.

Beberapa saat selepas mangsa membuka kunci keretanya, suspek dengan pantas membuka pintu kereta bahagian penumpang dan menyamun beg tangan wanita itu lalu melarikan diri dengan menaiki motosikalnya.

Menyedari kejadian itu, mangsa cuba mengejar suspek untuk mendapatkan semula beg tangan miliknya tetapi tidak berjaya dan terjatuh di atas jalan.


Polis Sedang Menjejaki 2 Orang Penyamun Di Stesen Minyak Di Cheras

Susulan tularnya video itu, Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin menerusi laporan Astro Awani memaklumkan bahawa pihak polis kini sedang memburu dua orang penyamun itu.

Hasil semakan pihak polis mendapati kejadian samun itu berlaku kira-kira jam 9:00 pagi dan melibatkan dua orang lelaki bertopi keledar menaiki motosikal.

Seorang daripada suspek membawa lari beg tangan mangsa yang diletakkan di bahagian tempat duduk penumpang di dalam kereta milik mangsa dan anggaran kerugian adalah sebanyak RM500.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Polis-Buru-2-Lelaki-Kes-Samun-Wanita-Di-Stesen-Minyak-Di-Cheras-1
Sumber: Chuan Wei Yiaw

Dalam pada itu, pihak polis juga menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi tentang kejadian dan diminta untuk menghubungi pihak polis sekiranya mempunyai sebarang maklumat.

Maklumat boleh disalurkan di talian Hotline Polis Cheras 03-92845050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd