Now Reading
Kenapa Anwar Ibrahim Pakai Sut Tanpa Tali Leher?

Kenapa Anwar Ibrahim Pakai Sut Tanpa Tali Leher?

Salah satu budaya mendapati bahawa pemakaian tali leher ini memberi makna simbol penyerahan dan penghambaan terhadap masyarakat elit yang terlibat dalam korupsi.

Lelaki Ini Perjelas Kenapa Anwar Ibrahim Pakai Sut Tanpa Tali Leher

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seperti biasa yang kita lihat, pemakaian sut dikenakan dengan tali leher bagi melengkapi gaya tersebut.

Pemakaian sut kebiasaannya dipakai di majlis-majlis formal oleh orang kenamaan dan golongan atasan.

Tetapi anda perasan tak, Perdana Menteri ke-10 Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali dilihat memakai sut tanpa tali leher. Mungkin ada yang berfikir beliau terlupa, tetapi sebenarnya ada maksud di sebaliknya.

Sumber: Free Malaysia Today (FMT)

Kenapa Anwar Ibrahim Pakai Sut Tanpa Tali Leher?

Menerusi perkongsian dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Nik Amirul Faiz (@nafnmy), dia tampil memberi penjelasan di sebalik tindakan Anwar tidak memakai tali leher ketika mengenakan pemakaian sut.

Berdasarkan sumber dapatan atas talian, lelaki ini menjelaskan simbol pemakaian tali leher mempunyai pelbagai makna mengikut budaya di seluruh negara.

Sumber: Facebook/Anwar Ibrahim

Salah satu budaya mendapati bahawa pemakaian tali leher ini memberi makna simbol penyerahan dan penghambaan terhadap masyarakat elit yang terlibat dalam korupsi.

Anwar dilihat secara konsisten tidak memakai tali leher dan tindakannya itu mungkin memberi makna bahawa beliau tidak mahu menyerah dan menghambakan diri kepada kumpulan masayarakat elit yang korup.

Walau bagaimanapun ketika menghadiri majlis yang turut disertai oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Anwar dilihat memakai sut lengkap bersama tali leher.

Mungkin tindakannya itu memberi simbol bahawa beliau taat dan patuh pada baginda.

Sumber: Facebook/Anwar Ibrahim

Namun, penjelasan yang dikeluarkan oleh pengguna Twitter ini mungkin tidak memberi maksud yang sama oleh Anwar terhadap tindakannya itu.

Jika betul apa yang dimaksudkan di sebalik perlakuannya itu, mesej tersebut secara tidak langsung telah membuka minda masyarakat untuk mula menilai setiap gerak geri para pemimpin.

BACA JUGA: Anthony Loke ‘Spot Check’ LRT Waktu Puncak, Siap Menyamar Pakai Topi & Face Mask

BACA JUGA: Jemaah Menteri Setuju Potong Gaji Bulanan 20% Sehingga Ekonomi Pulih


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd