Now Reading
Jemaah Menteri Setuju Potong Gaji Bulanan 20% Sehingga Ekonomi Pulih

Jemaah Menteri Setuju Potong Gaji Bulanan 20% Sehingga Ekonomi Pulih

Anwar menerusi satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya menjelaskan bahawa perkara itu dipersetujui oleh Kabinet Menteri atas dasar keprihatinan terhadap rakyat.

gaji menteri

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kabinet telah bersetuju dengan pemotongan gaji 20% setiap bulan.

Tindakan ini dilaksanakan oleh kerana kebimbangan terhadap beban yang dihadapi oleh rakyat sehingga ekonomi pulih.

Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet pertama hari ini (5 Disember).

Anwar berkata pemotongan gaji tidak sepatutnya dilakukan tetapi beliau gembira dan senang hati kerana jemaah menteri bersetuju dengannya. Walau bagaimanapun, anwar menjelaskan bahawa perkara itu akan dikaji semula apabila ekonomi pulih.

Sebelum ini, Anwar sendiri pernah berkata beliau tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri.

Ada orang kata saya tak ambil gaji PM tapi ambil gaji Menteri Kewangan… itu tidak benar…gaji dia satu sahaja.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Selain daripada peranannya sebagai PM, Anwar juga memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan. Hadir bersama beliau pada sidang media hari ini ialah dua timbalan perdana menteri; Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.


Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd