Now Reading
Anthony Loke ‘Spot Check’ LRT Waktu Puncak, Siap Menyamar Pakai Topi & Face Mask

Anthony Loke ‘Spot Check’ LRT Waktu Puncak, Siap Menyamar Pakai Topi & Face Mask

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dilihat menaiki perkhidmatan LRT itu pada jam 5:00 hingga 7:00 petang ketika waktu puncak orang ramai pulang dari kerja.

Farahin Fadzil
Anthony Loke 'Spot Check' LRT Waktu Kemuncak, Siap Menyamar Pakai Topi & Face Mask (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Perkhidmatan Tren Aliran Ringan (LRT) merupakan pengangkutan utama kebanyakan rakyat Malaysia untuk pergi ke tempat kerja setiap hari di sekitar Lembah Klang.

Sebelum ini, perkhidmatan tersebut pernah ditutup hampir seminggu berikutan Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) yang tidak stabil.

Boleh dikatakan masalah yang berlaku pada ketika itu telah menjejaskan pergerakan orang ramai untuk ke pejabat mereka sehingga ada yang terpaksa menaiki e-hailing setiap hari.

BACA JUGA: 16 Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Ditutup Seminggu Mulai Hari Ini, 9 November

Anthony Loke Menyamar Jadi Rakyat Biasa Menaiki LRT Laluan Kelana Jaya Pada Waktu Puncak

Pada petang semalam (5 Disember), Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook telah mengambil keputusan untuk menyamar sebagai individu biasa dengan memakai topi dan pelitup muka menaiki perkhidmatan LRT pada puncak.

Sumber: Facebook/Anthony Loke Siew Fook

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasminya (Anthony Loke Siew Fook), Anthony dilihat meluangkan masa selama dua jam di dalam LRT laluan Kelana Jaya di antara jam 5:00 hingga 7:00 petang.

Keadaan cukup sesak dalam tren dan sudah tentu tidak selesa kepada penumpang.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook

Tindakan Anthony itu tidak dimaklumkan kepada mana-mana pihak pengurusan Prasarana dan media lain kerana mahu merasai pengalaman para penumpang yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Bukan itu sahaja, beliau turut meninjau perkhidmatan lain di beberapa stesen seperti eskalator, lif, lorong-lorong.

Sumber: Facebook/Anthony Loke Siew Fook

Selepas selesai tinjauan berkenaan, Anthony dijangka bakal mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana pada minggu ini bagi membincangkan langkah bagi menambah baik servis pengangkutan itu.

Ramai Puji Bila Nampak Menteri Turun Padang Tengok Realiti Rakyat

Tindakan yang dilakukan oleh Menteri Pengangkutan itu mendapat reaksi positif daripada masyarakat kerana menganggap cara tersebut membolehkan golongan atasan lebih memahami realiti yang dihadapi oleh rakyat.

Malah, ramai juga yang berharap agar menteri-menteri lain mengambil contoh daripada beliau untuk melaksanakan lebih banyak penambahbaikan pada masa akan datang.

BACA JUGA: Lampu Malap, Kipas Rosak & Beberapa Masalah Serius Lain Di Stesen LRT Subang Alam

BACA JUGA: [Video] Stesen LRT Pasar Seni Sesak Bagai ‘Tin Sardin’ Dek Kerja Naik Taraf Tren Pada Waktu Puncak


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd