Now Reading
Kanak-kanak 2 Tahun Basuh MacBook Lepas Dengar Ayah Mengeluh Laptop Banyak ‘Sampah’

Kanak-kanak 2 Tahun Basuh MacBook Lepas Dengar Ayah Mengeluh Laptop Banyak ‘Sampah’

Walaupun mereka sudah berusaha untuk mengeringkan Macbook itu, tetapi laptop tersebut tetap tidak berjaya untuk dihidupkan semula.

Kanak-kanak 2 Tahun Basuh MacBook Ayah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kanak-kanak yang baru nak membesar memang banyak akal mereka. Ada sahaja perkara baharu yang ingin cuba dilakukan, terutamanya lagi anak-anak yang berusia sekitar dua hingga enam tahun.

Kalau tiba-tiba mereka senyap dalam bilik seorang diri, baik anda tengok. Risau ada yang buat aktiviti membahayakan.

BACA JUGA: [Video] Aksi Kanak-kanak Panjat Kerusi Tepi Tingkap Terbuka Buat Ramai ‘Seriau’

Anak 2 Tahun Cuci Laptop Ayah Sebab Katanya Banyak ‘Sampah’

Baru-baru ini, seorang ibu di Wilayah Shandong, China agak terkedu selepas melihat keadaan laptop MacBook jenama Apple milik suaminya direndam di dalam baldi berisi air.

Memetik sumber WeirdKaya, keadaan itu berlaku selepas anak perempuannya berusia dua tahun telah membasuh laptop tersebut menggunakan sabun dan air selepas terdengar ayahnya mengadu peranti berkenaan banyak ‘sampah’.

Sumber: Jimu News

Tindakannya kanak-kanak itu disedari oleh si ibu dikenali sebagi Zhang ketika terlihat anaknya di dalam tandas tersebut.

Menurut Zhang, MacBook itu yang dibeli oleh suaminya pada tiga tahun lepas dengan harga 9,000 Yuan (RM5856.67) tidak berjaya dihidupkan semula walaupun sudah beberapa kali cuba mengeringkan laptop itu.

Waktu itu kami memang tak tahu nak ketawa atau menangis. Pada mulanya kami nak pukul manja-manja je. Tapi nak marah pun dia terlalu muda untuk faham apa yang dia sudah lakukan.

Zhang.

Kepada anda yang ada anak-anak kecil di rumah, perhatikanlah aktiviti mereka. Biasalah kanak-kanak baru boleh bergerak sendiri, memang semua benda mahu dibuat ‘projek’ kan?

Mereka yang pernah jaga anak kecil mesti faham telatah kanak-kanak yang ingin membesar ini.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd