Now Reading
[Video] Aksi Kanak-kanak Panjat Kerusi Tepi Tingkap Terbuka Buat Ramai ‘Seriau’

[Video] Aksi Kanak-kanak Panjat Kerusi Tepi Tingkap Terbuka Buat Ramai ‘Seriau’

Kanak-kanak perempuan itu dilihat memanjat ke atas sebuah kerusi kecil di tepi tingkap sebuah unit kondominium sambil menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Boleh dikatakan sesetengah kanak-kanak kurang rasa takut dengan sesuatu perkara. Sebab itulah ada kes sebelum ini di mana seorang anak kecil dengan selambanya bermain di luar balkoni rumah yang tinggi seorang diri.

Nasibb baik tiada apa-apa kemalangan berlaku pada ketika itu.

BACA JUGA: Kanak-kanak Perempuan Panjat Luar Balkoni Rumah Buat Orang Ramai Kecut Perut

Jika tingkah laku anak-anak di rumah tidak diperhatikan oleh ibu bapa atau orang dewasa, agak merisaukan juga sebenarnya sekiranya ada perkara yang tidak dingini berlaku.

Anak Kecil Panjat Tingkap Terbuka Sebuah Kondominium Sambil Menyanyi

Menerusi perkongsian video dimuat naik di laman TikTok (@elya217), gadis ini menunjukkan situasi cemas bersama rakan-rakannya ketika terlihat seorang anak kecil memanjat tingkap bilik sebuah kondominium.

Dalam rakaman tersebut, boleh dilihat kanak-kanak itu memanjat di atas sebuah kerusi kecil yang berada berhampiran tingkap unit kondominium berkenaan.

Ketika kejadian itu, dia juga dilihat cuba menghulurkan tangan ke luar tingkap sambil menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ seorang diri.

Pengguna TikTok ini bersama rakan-rakannya yang bimbang melihat situasi tersebut cuba menjerit dan meminta kanak-kanak berkenaan masuk ke dalam rumah.

Malah, salah seorang daripada rakan perakam juga dipercayai sedang membuat panggilan untuk memaklumkan tentang situasi tersebut.

Tidak lama selepas itu, seorang wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak berkenaan menyedari situasi yang berlaku dan segera menurunkan anaknya sebelum menutup tingkap yang sedang terbuka.

https://www.tiktok.com/@elya217/video/7154667904615730459?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Ramai ‘Seriau’ Tengok Kanak-kanak Itu Panjat Tingkap Terbuka Seorang Diri

Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial ‘seram’ tengok situasi kanak-kanak itu yang berada di lokasi agak membahayakan.

Dalam situasi yang mencemaskan itu, mereka pun terkejut kanak-kanak tersebut siap sempat menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ dengan penuh gembira.

Malah, ada juga yang mencadangkan supaya ibu bapa yang tinggal di rumah tinggi, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak kecil untuk memasang pagar di tingkap serta balkoni bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

Pada masa sama, ada juga yang sempat memuji kualiti kamera telefon perakam yang sangat jelas walaupun ‘zoom’ jarak jauh.


Kepada ibu bapa di luar sana, kalau anak-anak kecil anda tiada di depan mata dan mereka senyap sahaja di rumah, baik pergi cari dan tengok mereka buat apa.

Biasalah kanak-kanak ini ada sahaja akal mereka untuk buat perkara pelik. Kita pula yang risau.

Selain itu, elakkan juga meletakkan rak atau bangku berhampiran tingkap atau balkoni rumah terutamanya jika anda tinggal di kediaman yang tinggi.

BACA JUGA: [Video] Didakwa Dera Anak Luar Balkoni, Ini Perkara Sebenar Yang Berlaku


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd