Now Reading
[Foto] Kereta Rempuh Pam Petrol Di Petronas LDP, Pemandu ‘Lesap’ Dari Lokasi

[Foto] Kereta Rempuh Pam Petrol Di Petronas LDP, Pemandu ‘Lesap’ Dari Lokasi

Setibanya anggota bomba di lokasi, mereka dilaporkan tidak menemui individu/pemilik kenderaan terbabit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebuah kenderaan dilaporkan telah merempuh pam di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) sekitar jam 12.13 pagi hari ini (17 September).

Kemalangan itu bukan sahaja mengakibatkan kerosakkan teruk pada kenderaan tersebut, malah menyebabkan tumpahan minyak di stesen minyak berkenaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam satu kenyataan berkata pihaknya bertindak menghantar sepasukan bomba ke lokasi sebaik menerima laporan.

Kejadian menjadi bertambah ‘misteri’ apabila anggota bomba menjelaskan tiada pemandu ditemui di dalam kereta berkenaan setibanya mereka di sana.

Foto di laman Facebook menunjukkan anggota bomba meneruskan kerja-kerja pembersihan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan lanjut. Ia dilaporkan selesai pada jam 12.49 pagi, hari tersebut.

Menjengah di media sosial, ramai juga yang tidak menyangka kemalangan seperti itu boleh berlaku di lokasi tersebut. Ini kerana jikalau anda pernah pergi ke Petronas LDP, pasti anda mengetahui bagaimana cara untuk memasuki stesen minyak berkenaan.

Seorang netizen menjelaskan stesen minyak terbabit sukar untuk dimasuki begitu sahaja kerana sudut pintu masuknya. Mungkin juga kereta berkenaan telah dipandu terlalu laju sehingga hilang kawalan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd