Now Reading
Krew Kabin Air India Raih Pujian Lepas Bantu Penumpang Dukung & Tenangkan Anak Dalam Kapal

Krew Kabin Air India Raih Pujian Lepas Bantu Penumpang Dukung & Tenangkan Anak Dalam Kapal

Menerusi video tersebut memperlihatkan seorang kanak-kanak perempuan kelihatan tenang apabila didukung oleh seorang pramugara Air India untuk ditenangkan daripada menangis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kebiasaannya, jika kita menaiki kapal terbang untuk ke sesebuah destinasi, pasti akan berjumpa dengan pasangan ibu bapa yang membawa anak kecil bersama mereka. Ada juga yang baru berumur beberapa bulan, sudah naik kapal terbang untuk pergi bercuti dengan keluarga.

Akan tetapi, kanak-kanak atau bayi sememangnya mempunyai ‘pattern’ mereka tersendiri.

Mungkin ada yang berani dan suka menaiki kapal terbang, ada juga yang berasa tidak selesa, dan sebagainya. Oleh disebabkan itu, mereka akan menangis tanpa henti kerana pergerakan mereka juga terhad di dalam kapal.

Masa itu, peninglah ibu dan ayah nak kena pujuk.

Krew Kabin Air India Dukung Kanak-kanak Untuk Tenangkannya

Walau bagaimanapun, satu kejadian tular baru-baru ini telah dirakamkan oleh seorang ibu kepada kanak-kanak perempuan di mana menerusi video tersebut memperlihatkan anaknya itu didukung oleh seorang pramugara untuk ditenangkan daripada menangis.

Paling menarik, anaknya itu dilihat tenang ketika berada di pangkuan pramugara berkenaan. Daripada tantrum, terus terdiam sahaja sambil ditepuk oleh pramugara itu.

Really appreciate the sweet gesture of airindia staff. It was a surprise when my daughter felt comfort lying in the stewards shoulder, thanks to him.

Jeevan_jwa menerusi hantaran Instagram.

Video itu kini berjaya meraih lebih 3 juta tontonan dengan 281,000 tanda suka setakat artikel ini ditulis.

Selepas tularnya video berkenaan, ayah kepada kanak-kanak itu telah berjaya menjumpai akaun Instagram milik pemuda tersebut di atas ihsan orang ramai. Pramugara itu dikenali sebagai Neil Malkam.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi positif telah diberikan kepada Neil di atas tindakannya itu. Walaupun nampak simple, namun tak semua orang mampu menghulurkan bantuan seperti ini.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd