Now Reading
Ibu Bapa Tak Layan Protes Anak, Cikgu Perjelas Kenapa Anak Perlu Dibiarkan Tantrum

Ibu Bapa Tak Layan Protes Anak, Cikgu Perjelas Kenapa Anak Perlu Dibiarkan Tantrum

Menurut perkongsian para ibu bapa, kanak-kanak akan henti ‘tantrum’ dengan sendirinya apabila mereka telah penat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Pernah tak anda melihat seorang kanak-kanak sedang ‘tantrum’ sehingga berbaring di atas lantai, tetapi ibu bapa membiarkan sahaja anak mereka?

Ataupun anda pernah berfikir tidak akan membiarkan anak mengamuk di tempat awam. Tetapi apabila anda menjadi ibu bapa, lain pula jadinya!

Sebenarnya, ada sebab kenapa sesetengah ibu bapa mengabaikan sahaja anak yang sedang mengamuk.

Perkara ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter (@Daie_forek). Katanya, setelah menjadi ibu bapa barulah dia faham kenapa perlu dibiarkan sahaja si kecil berbuat sedemikian rupa.

Dia berkata apabila kanak-kanak tidak mendapat sesuatu yang dimahukan, mereka akan mulai protes. Sebagai seorang bapa yang tegas dan tidak tunduk kepada permintaan anak, dia hanya membiarkan anaknya ‘tantrum’.

Seperti situasinya ketika itu, dikatakan bahawa anaknya mengamuk kerana ingin menolak ‘stroller’, tetapi juga sedang mengantuk pada masa yang sama.

Menurutnya, apabila kanak-kanak sedar bahawa protesnya tidak berhasil, mereka akan penat dan menghentikannya.

Namun begitu, katanya lagi jika anaknya membuat perangai sedemikian di kedai makan atau ketika menonton wayang, dia tidak akan bertolak ansur dan akan segera beredar dari situ.


‘Tantrum’ Anak-Anak Tidak Harus Dihentikan

Seorang pengguna Twitter (@nrainarsli) yang juga merupakan pendidik awal kanak-kanak mengingatkan ibu bapa supaya tidak menghentikan ‘tantrum’ anak-anak.

Ibu bapa tidak sepatutnya cuba memperbetulkan sikap anak-anak melalui disiplin, hukuman atau kecederaan ketika mereka sedang ‘tantrum’.

Kanak-kanak yang diminta supaya tidak mengamuk akan membesar tanpa kemampuan untuk mengawal emosi mereka.

Dia mendakwa terdapat kajian menunjukkan bahawa hukuman, disiplin dan akibat yang betul selepas ‘tantrum’ akan membantu kanak-kanak mengawal diri sendiri.

Malah, pada masa hadapan, kanak-kanak juga akan dapat mengekspresikan diri mereka dan berkomunikasi tanpa ‘tantrum’.

Menurutnya, ‘tantrum’ adalah perkara biasa dalam tumbesaran kanak-kanak. Hal ini kerana perasaan merupakan satu-satunya cara kanak-kanak untuk menyatakan keperluan dan keinginan mereka.

Dia mengingatkan supaya orang dewasa membantu kanak-kanak yang sedang merasai perasaan kuat. Kanak-kanak perlu diajar tentang perasaan serta gelaran bagi setiap perasaan itu seperti sedih, kecewa dan marah.

Dia turut berkongsi kaedah untuk mengawal ‘tantrum’ anak-anak dengan baik. Pertama sekali, dia meminta supaya anak-anak dibawa ke tempat yang selamat atau ‘safe place’ apabila mengalami ‘tantrum’.

Ibu bapa juga boleh menggunakan kaedah ‘time in’. Berbeza dengan kaedah ‘time out’ yang mengasingkan anak-anak daripada ibu bapa, kaedah ini memerlukan ibu bapa untuk kekal bersama anak-anak, memastikan keselesaan mereka dan meyakinkan mereka bahawa ibu bapa memahami perasaan yang dirasainya.

Menurutnya, anak akan mudah mengubah sikap setelah menjalani ‘time in’. Ibu bapa perlu mengambil peluang ini untuk mengalihkan perhatian mereka.


Ibu Bapa Kongsi Tentang ‘Tantrum’ Anak

Beberapa orang pengguna Twitter lain turut berkata mereka akan membiarkan anak-anak melepaskan amarah jika tidak mahu dipujuk. Pada masa yang sama, ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak berada dalam keadaan yang boleh membahayakan mereka.

Ibu bapa juga harus cakna dengan situasi dan tempat. Jika ‘tantrum’ berlaku dalam keadaan yang tidak sesuai, anak perlu segera dibawa ke tempat lain.

Ada yang berkata kanak-kanak ‘tantrum’ kerana keperluan mereka seperti makan dan tidur tidak cukup.

Sebaliknya, ada juga kanak-kanak yang memprotes kerana belum pandai mengawal emosi dan perkara itu tetap terjadi walaupun keperluan mereka mencukupi.

Kebiasaannya, kanak-kanak memang akan berhenti mengamuk apabila mereka dibiarkan sahaja ‘meluahkan’ segala emosi.

Jadi, lepas ini kalau anak anda ‘tantrum’, cuba biarkan sahaja. Tetapi jangan pula sehingga mengabaikan anak sepenuhnya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd