Now Reading
[Video] Pelajar UPSI Dedah Detik Jumpa Bayi Bertali Pusat & Dihurung Lalat Di Tanjung Malim

[Video] Pelajar UPSI Dedah Detik Jumpa Bayi Bertali Pusat & Dihurung Lalat Di Tanjung Malim

Ketika ditemui oleh empat orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), bayi itu didapati masih hidup dan pergelangan tangan berwarna biru serta dihinggapi semut merah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Isu pembuangan bayi adalah satu jenayah serius yang dilihat semakin berleluasa di Malaysia.

Memetik laporan Berita Harian, Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman memaklumkan jenayah pembuangan bayi telah mencatatkan sebanyak 443 kes sejak tahun 2018 sehingga 2021.

Daripada 443 kes bayi yang dibuang, seramai 149 orang yang ditemukan masih bernyawa dan 294 bayi pula dilaporkan sudah meninggal dunia.


Pelajar UPSI temui bayi dihurung lalat dan masih bertali pusat

Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Nisa Rina (@nisa_rinaa), mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini mendedahkan satu kejadian menyayat hati ketika menemui seorang bayi perempuan dibuang berhampiran tong sampah.

Dalam kejadian yang berlaku di Tanjung Malim, Perak pada Sabtu lalu (20 Ogos), empat pelajar UPSI itu menemui bayi perempuan berkenaan yang masih bernyawa selain tali pusatnya masih belum dipotong.

Lebih memilukan, bayi berkenaan diselaputi darah bersama air ketuban serta dihurung lebih 20 ekor lalat dan semut merah.

Sumber: TikTok/nisa_rinaa

Bukan itu sahaja, lokasi berkenaan juga sangat berbahaya kerana anjing liar didakwa sering berkeliaran.

Salah seorang daripada mereka segera menghubungi nombor kecemasan 999 untuk melaporkan kejadian tersebut bagi menyelamatkan nyawa bayi itu.

Bayi dibawa ke hospital dan akan diambil sebagai anak angkat seseorang

30 minit kemudian, pihak ambulans tiba di lokasi kejadian dan segera menyemak keadaan bayi berkenaan sebelum dibawa ke hospital berdekatan.

Jururawat yang hadir ke lokasi menepuk bahagian belakang badan bayi supaya dia menangis. Sebab keadaan bayi sangat lemah dan ‘dehydrated’. Lebih-lebih lagi tali pusat masih belum dipotong.

Nisa Rina.

Tindakan pantas empat orang pelajar UPSI itu akhirnya berjaya menyelamatkan nyawa bayi terbabit. Difahamkan anak kecil itu juga sudah mempunyai ibu bapa angkat yang akan menjaganya.

@nisa_rinaa

Selalu dengar dari berita kes buang bayi, harini experience sendiri kes bayi yang dibuang. Sumpah sepanjang dengan baby ni sebak, nangis, sedih, marah, kecewa semua ada. Tolonglah bertanggungjawab for your actions even if it’s a mistake #foryoupage #fypppppp #fyp #fypp

♬ original sound – Nisa Rina IV – Nisa Rina IV

Pelajar UPSI kongsi kronologi ketika menjumpai bayi itu

Menerusi satu lagi perkongsian video dimuat naik, Nisa yang turut berada di lokasi kejadian menceritakan kronologi ketika bayi digelar Hawa itu ditemui.

Pada awal pagi pada 20 Ogos, dia menerima panggilan daripada rakannya tentang kejadian penemuan seorang bayi perempuan seorang diri sebuah sofa.

Ketika kejadian, rakannya itu ingin ke tempat kerja seawal jam 8.00 pagi sebelum menemui bayi yang hanya dibalut dengan tiga helai tuala kecil.

Terkejut dengan apa yang berlaku, mereka segera menguruskan bayi berkenaan dengan mengambil tindakan menghubungi pihak bertanggungjawab dan menunggu kehadiran mereka.

@nisa_rinaa

Kami temui adik Hawa dihurungi 20 lebih ekor lalat, di kawasan anjing liar berkeliaran dan dihinggapi semut merah. Adik Hawa berjaya kuat, survive ! #fypp #fyp #fypppppp #foryoupage

♬ original sound – Nisa Rina IV – Nisa Rina IV

Ibu bayi tersebut telah ditahan polis, bukan pelajar UPSI

Semalam (21 Ogos), Nisa memberitahu bahawa pelaku iaitu ibu kepada bayi perempuan itu telah pun ditahan oleh pihak polis dan kes berkenaan kini dalam siasatan.

Menurutnya, pelaku merupakan seorang wanita yang bekerja di sebuah kedai di Tanjung Malim, Perak.

Nisa turut menegaskan bahawa pelaku bukan daripada kalangan pelajar UPSI seperti mana yang dituduh oleh sesetengah masyarakat tidak bertanggungjawab.

Pada masa sama, Nisa juga meminta agar tiada lagi spekulasi palsu disebarkan dan diharapkan kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

@nisa_rinaa

Salam semua, Mari kita sama² banteras spekulasi yang x betul yaa, mohon sebarkan pada semua juga. Sorry laa kena letak emoji untuk menutup benda² yg perlu ditutup haha #fypp #fyp #fypppppp #foryoupage

♬ original sound – Nisa Rina IV – Nisa Rina IV

Apa nak buat kalau anda terjumpa bayi dibuang di tempat terbuka?

Antara perkongsian Nisa yang turut bermanfaat untuk orang ramai adalah tentang perkara yang perlu dilakukan sekiranya anda berada dalam situasi sama.

Antaranya:

  • Jangan sentuh bayi di lokasi kejadian dengan tangan kosong bagi mengelakkan sebarang bukti terhapus.
  • Pastikan sama ada bayi masih bernafas atau tidak.
  • Hangatkan badan bayi dengan menutup badannya dengan sebarang kain.
  • Segera hubungi nombor kecemasan di talian 999 untuk melaporkan tentang kejadian.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd