Dr Amalina Bakal Ambil Tindakan Selepas Anak Terima Komen Lucah Hanya Kerana Tidak Sunat
Dr Nur Amalina Che Bakri terkilan apabila segelintir individu mengeluarkan kata-kata berbaur lucah tentang anak perempuannya yang baru berusia sembilan minggu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Doktor pakar bedah kelahiran Malaysia di United Kingdom, Dr Nur Amalina Che Bakri kerap dihat membuka ruang soalan di laman Instagram miliknya bagi membolehkan para pengikut bertanya tentang ilmu kesihatan.
Namun niatnya untuk berkongsi hal kesihatan para pengikut bertukar sebaliknya selepas dia menjelaskan bahawa anak perempuan sulungnya tidak melalui proses sunat.
Difahamkan, proses sunat perempuan itu melanggar undang-undang di United Kingdom.
Dr Amalina Terkilan Ada Yang Komen Tidak Sopan Tentang Bayinya
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Amalina tentang bayi perempuannya yang tidak disunatkan didakwa telah dijadikan bahan berita bagi sesetengah portal media dengan tajuk yang kurang sesuai.
Lebih mengejutkan lagi, perkongsian berita tersebut di laman media sosial dipenuhi dengan komen-komen yang tidak sopan dan berbaur lucah tentang anak perempuan Dr Amalina yang hanya berusia sembilan minggu.
Saya tidak terkesan sekiranya kata-kata tersebut ditujukan kepada saya, tapi mereka sudah melampaui batas apabila membuat kenyataan berbaur lucah terhadap anak saya yang tidak ada dosa sekalipun. Please leave my daughter alone.
Dr Nur Amalina Che Bakri.
Berikutan itu, Dr Amalina membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat supaya menjadi pengajaran buat mereka.
Dr Amalina turut menegur para penulis artikel agar tidak membuat tajuk berita yang ‘clickbait’ atau mengambil bahan berita yang remeh dari media sosial miliknya untuk tujuan disensasikan.
Saya juga ingin menegur penulis-penulis artikel yang suka membuat headline clickbait atau mengambil cerita remeh-temeh daripada Instagram saya untuk disensasikan dan menggalakkan orang Melayu Islam bergaduh, memfitnah sesama sendiri. Dimana etika anda? Malah ruang komen pun tidak ada moderasi.
Dr Nur Amalina Che Bakri.
Sebagai ibu, pastinya Dr Amalina berharap agar isu ini mendapat perhatian berwajib dan tidak berulang lagi.
Assalamualaikum, saya berbelah bahagi untuk menulis kenyataan ini tapi saya mengambil keputusan utk bersuara kerana sesetengah lelaki melayu Islam (dan juga perempuan) yang membuat kenyataan lucah terhadap anak perempuan saya yg hanya berumur 9 minggu.
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) December 20, 2022
Orang Ramai Pun ‘Jijik’ Baca Komen Lucah Kepada Bayi Dr Amalina
Perkongsian yang dimuat naik oleh Dr Amalina turut mendapat reaksi daripada pengguna media sosial dan rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dengan komen berusur lucah kepada bayi yang masih kecil itu.
Malah, tindakan Dr Amalina untuk memfailkan saman terhadap individu yang terlibat juga mendapat sokongan daripada orang ramai kerana mereka mengganggap perkara yang dilakukan itu sudah keterlaluan.
Pada masa sama, mereka turut memuji sikap Dr Amalina menutup nama pengguna media sosial walaupun mereka telah mengeluarkan kata-kata yang tidak senonoh kepada anak perempuannya.
Sebelum ini, segelintir individu dilihat mempertikaikan keputusan Dr Amalina yang ingin memberikan status rakyat British kepada cahaya mata sulungnya.
Dr Amalina Bakri menjelaskan anaknya akan menjadi rakyat British kerana tidak dibenarkan mendapat kerakyatan Malaysia sekiranya bapa bukan warganegara Malaysia.
BACA JUGA: Dr Amalina Bidas Kritikan Orang Ramai Tentang Status Rakyat British Untuk Anak Sulungnya
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.