Now Reading
GSC & TGV ‘Refund’ Tiket Thor: Love And Thunder Lepas Tunda Pada 21 Julai Pula

GSC & TGV ‘Refund’ Tiket Thor: Love And Thunder Lepas Tunda Pada 21 Julai Pula

Sebelum ini, tayangan Thor: Love and Thunder dijadualkan pada 7 Julai 2022 di seluruh panggung wayang sekitar Malaysia.

Farahin Fadzil
Thor_ Love and Thunder tunda tayangan di malaysia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Peminat filem Marvel pastinya sudah tidak sabar untuk menonton sekuel filem Thor yang bakal ditayangkan di panggung wayang seluruh Malaysia.

Namun, ada berita buruk kepada para peminat semua kerana filem Thor: Love and Thunder yang sepatutnya ditayangkan pada 7 Julai ini telah ditunda ke 21 Julai 2022.

Pengumuman ini dimuat naik oleh syarikat panggung wayang Malaysia Golden Screen Cinema (GSC) menerusi laman Twitter rasmi mereka (GSCinemas) hari ini (1 Julai).

Pengumuman sama turut dimaklumkan oleh pihak TGV Cinema di laman Twitter mereka (TGVCinemas).

Menurut laporan Soya Cincau, penangguhan itu dibuat berikutan terdapat babak dalam filem tersebut yang menunjukkan kawasan punggung watak utama iaitu Thor.

Tiket akan diganti semula oleh syarikat panggung wayang

Kepada anda yang sudah membeli tiket wayang filem tersebut secara atas talian, pihak GSC akan memulangkan semula duit pelanggan mereka dalam tempoh 14 hari bekerja.

Bagi mereka yang telah membuat pembelian tiket di e-kiosk GSC pula, anda boleh membawa tiket tersebut ke kaunter GSC berdekatan untuk menuntut kembali wang anda. Proses ini turut mengambil masa selama 14 hari.

Thor: Love and Thunder

Filem arahan Taika Waititi iaitu Thor: Love and Thunder ini adalah sekuel keempat filem Thor. Berdasarkan sinopsis, filem ini mengisahkan Thor yang ingin mencari ketenangan tetapi diganggu oleh pembunuh galaksi dikenali sebagai Gorr the God Butcher.

Filem ini dibintangi oleh Chris Hemsworth, Natalie Portman dan Tessa Thompson sebagai watak Thor, Jane Foster dan Valkyrie. Christian Bale juga bakal muncul sebagai Gorr.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd