Now Reading
Nak Motosikal Percuma? Perlu Solat Subuh & Isyak Berjemaah Di Masjid Selama 40 Hari

Nak Motosikal Percuma? Perlu Solat Subuh & Isyak Berjemaah Di Masjid Selama 40 Hari

Peserta program diwajibkan untuk solat Subuh dan Isyak berjemaah di masjid selama 40 hari berturut-turut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Solat adalah ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam. Kalau dapat solat berjemaah pada setiap waktu, lagi best sebab dapat banyak pahala.

Menurut hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa solat secara berjemaah lebih baik berbanding solat bersendirian iaitu dengan ganjaran pahala dilipat ganda sebanyak 27 darjat.

Jadi demi menaikkan semangat orang awam untuk bersolat jemaah, sebuah masjid di Melaka iaitu Masjid Nur As-Sa’adah telah menganjurkan program Subuh Istiqamah 40 Hari kepada generasi muda.

Mereka yang berjaya mengikuti program ini akan dihadiahkan sebuah basikal percuma.

BACA JUGA: Pihak Masjid Tawar Basikal Percuma Untuk Kanak-Kanak Lengkap Subuh Berjemaah Selama 40 Hari

Sumber: Berita Harian

Dapat motosikal percuma pula

Dalam usaha untuk mengimarahkan tempat ibadah ini, pihak masjid tersebut menganjurkan pula Program Istiqamah Subuh dan Isyak Berjemaah 40 Hari bermula 1 Mac hingga 9 April bagi jemaah dewasa.

Peserta program diwajibkan untuk solat Subuh dan Isyak berjemaah di masjid selama 40 hari berturut-turut.

Terdapat beberapa kategori yang dipertandingkan. Antaranya:

  • Anak kariah.
  • Penduduk luar.
  • Pegawai syarak, jawatankuasa dan pekerja masjid.
  • Kaum wanita.

Program tersebut terbuka kepada semua umat Islam berusia 16 tahun ke atas dan memiliki lesen motosikal.

Sumber: Sinar Harian

Pengerusi masjid iaitu Datuk Amzah Osman berkata sebanyak empat Modenas Kriss MR3 berharga RM16,000 akan menjadi milik para jemaah yang layak.

Setakat ini, empat biji motosikal dengan setiap satunya berharga RM4,000 disumbangkan oleh dermawan dan tidak menggunakan tabung masjid.

Pengerusi masjid Datuk Amzah Osman.

Walaupun program itu belum dimulakan tetapi sudah pihak masjid sudah mendapat lebih daripada 30 penyertaan bagi keempat-empat kategori.

Sumber: MYKMU.NET

Bagus juga ada inisiatif seperti ini. Mungkin pada awalnya mereka datang demi memenuhi kehendak program, mana tahu selepas 40 hari mereka akan terbiasa dan istiqamah.

Ini satu program yang boleh dijadikan contoh kepada pihak masjid yang lain. Harapnya dengan cara tersebut boleh menaikkan semangat masyarakat untuk mengimarahkan masjid.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd