“Ini Satu Jenayah” – Ibu Bapa Luah Rasa Risau Dengan Silibus Yang Sukar Untuk Anak
Ibu bapa pun terfikir kenapa silibus anak-anak semakin sukar pada usia muda.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pendidikan adalah hak asasi manusia yang membolehkan kita untuk berkembang maju dan berpeluang untuk memperbaiki diri kita. Tetapi apa yang berlaku apabila proses pembelajaran menjadi terlalu sukar?
Itulah soalan yang ditanya oleh ibu bapa yang merasakan bahawa kurikulum dan sukatan pelajaran sekolah terlalu ‘advance’ untuk difahami atau dipelajari dengan berkesan oleh anak-anak.
Seorang pengguna Facebook M Salehin Salleh tertanya-tanya apabila melihat kandungan bahan pendidikan anak perempuannya yang baru memasuki darjah satu terlalu rumit untuk kanak-kanak pada usia tersebut.
Ibu bapa pun tak tahu nak jawab macam mana walaupun ada Master dan Degree.
M Salehin Salleh menerusi Facebook.
Pakar kanak-kanak itu juga memasukkan imej seperti buku aktiviti sekolah mengandungi satu set soalan yang meminta pelajar mengira “jisim” dan “isipadu” objek serta mengenal pasti bentuk.
Dia terfikir perkaitan antara aktiviti itu dengan menggalakkan kemahiran berfikir kritis pelajar (KBAT).
Kenapa? Anak kami baru masuk darjah satu. Kenapa kamu semua begini? Ini ke yang dipanggil KBAT? Kanak-kanak mana tahu apa itu jisim.
M Salehin Salleh menerusi Facebook.
Kerisauan bapa ini seolah-olah difahami oleh ibu bapa lain di internet yang yakin bahawa beberapa perkara diajar kepada anak-anak mereka di sekolah tidak semestinya perlu yang susah.
Di Twitter, ada yang berpendapat bahawa sukatan pelajaran yang diajar di sekolah adalah “jenayah kurikulum” dan mungkin berfungsi untuk melemahkan pelajar dan bukannya mendorong mereka untuk belajar.
“Sukatan pelajaran seperti tahap ini boleh membunuh motivasi pelajar untuk belajar,” kata Hasrizal Abdul Jamil yang merupakan seorang pendidik dan penulis blog tempatan.
Bercakap soal demikian, Hasrizal berkongsi beberapa sampel bahan pembelajaran yang digunakan oleh kanak-kanak pada tahap yang sama di Finland.
Imej yang dikongsikan itu menunjukkan buku sekolah yang mengajar kanak-kanak cara melakukan aktiviti matematik, pengukuran dan hafalan yang mudah.
Saya kongsikan sukatan pelajaran matematik murid tahun satu yang anak saya sendiri ambil ketika di Finland beberapa tahun lalu. Ibu bapa perlu sedar tentang keganasan yang telah menyerang kanak-kanak di Malaysia.
Hasrizal Abdul Jamil menerusi Twitter.
Saya kongsikan silibus matematik murid tahun 1 yang anak kami sendiri ikuti di Finland beberapa tahun lalu untuk perhatian sahabat yang ingin menginsafi ‘terrorism’ yang sedang menyerang anak-anak di Malaysia. pic.twitter.com/1nWbWeY0un
— Hasrizal Abdul Jamil (@hasrizal2020) February 18, 2022
Perbualan itu telah mencetuskan pengguna media sosial lain untuk berkongsi lebih banyak bahan pendidikan Malaysia yang dipercayai membebankan golongan muda.
“Sukatan pelajaran yang baharu untuk murid darjah enam ada topik ini,” komen salah seorang netizen, “Sangat menakutkan, saya mula belajar tentang aset dan liabiliti semasa waktu diploma.”
takutnyaaa, saya yg diploma baru belajar asset& liabilities ni😭😭😭
— 蜜糖 (@huhunnyyy) February 19, 2022
“Buku matematik murid darjah lima ini sudah mengajar tentang celik kewangan. Tak terlalu awal ke? Sejujurnya, kebanyakan murid darjah lima hanya perlu tahu cara membeli-belah di kedai.Kenapa perlu tahu tentang pelaburan dan faedah pada tahap mereka? Adakah Malaysia ingin menjadikan anak-anak kita sebagai ahli ekonomi?” ulas seorang netizen.
Ini pula bab celik wang dlm buku maths thn 5. Is it not too early? IMHO, most pelajar thn 5 hanya perlu tahu bagaimana untuk membeli di kedai. Kenapa mereka perlu tahu tentang pelaburan & faedah utk tahap mereka? Adakah Msia tak sabar utk menjadikan anak2 kita sbg pakar ekonomi? pic.twitter.com/5b96hipmdO
— Amni (@Amni_lemon) February 19, 2022
Sementara itu, ada juga yang berpendapat bahawa kita mesti menyemak semula sistem pendidikan Malaysia.
Cognitive overload which would burden students’ comprehension & leads to a domino effect towards other disciplines of intelligence, this is what we should avoid the most. https://t.co/FoHc0J77VY
— eliana (@AliahAlmond) February 19, 2022
This is more like an issue of ineffective teaching that doesn’t correspond to the new syllabus. Curating a brand new syllabus requires a whole other form of training for the teachers. You can’t expect kids to grasp abstract concepts when they’ve only learned basic arithmetic. https://t.co/wraQPF9o9P
— pumpy (@adjxsnm) February 20, 2022
Walau bagaimanapun, ada segelintir yang berpendapat bahawa masyarakat harus lebih terbuka kepada perubahan sistem pendidikan dan yakin bahawa kanak-kanak pada masa kini cukup bijak untuk memahami apa yang diajar kepada mereka.
“Bro, kalau tak faham, boleh tanya cikgu. Lagi satu, kita jangan pandang rendah kemampuan anak-anak kita. Bila kita melihat soalan yang susah, kita rasa anak-anak kita tidak mampu untuk menjawab. Insyaallah. Lapangkan dada dan tanya guru yang mengajar mereka subjek tersebut. Sistem pendidikan kita sedang berkembang,” komen seorang netizen.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.