Now Reading
Pemandu Pelancong Di Sabah Terima Anugerah Daripada Queen Elizabeth II. Tahniah!

Pemandu Pelancong Di Sabah Terima Anugerah Daripada Queen Elizabeth II. Tahniah!

Tham Yau Kong dianugerahkan dengan MBE (Member of the Most Excellent Order of the British Empire).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, seorang pemandu pelancong terkenal di Sabah iaitu Tham Yau Kong mengumumkan berita gembira apabila dia bakal dianugerahkan dengan MBE (Member of the Most Excellent Order of the British Empire) daripada Queen Elizabeth II.

Pengiktirafan itu adalah kerana sumbangannya dalam menyelidik dan menjejaki semula laluan Perarakan Kematian Perang Dunia Kedua Sandakan-Ranau.

Anugerah tersebut membuktikan bahawa kerajaan British mengiktiraf komitmen dan sumbangan kami untuk mengekalkan khazanah dan sejarah negara mereka.

Tham Yau Kong.

Tham berkata dia juga akan menerima surat rasmi dalam masa beberapa hari lagi daripada Suruhanjaya Tinggi British dengan butiran lanjut tentang sebab dia diberikan anugerah berkenaan.

Sumber: Facebook Tham Yau Kong

Tham yang juga menguruskan perniagaan TYK Adventure Tours berkata dia berasa amat gembira selepas menerima berita berkenaan pada Isnin (14 Februari) oleh Suruhanjaya Tinggi British Kuala Lumpur.

Usaha kami untuk mengekalkan ‘Spirits of Prisoners of War (POW)’ telah diiktiraf dan anugerah MBE ini amat bermakna buat saya.

Tham Yau Kong.

Selain itu, Tham juga pernah menerima beberapa anugerah daripada Suruhanjaya Tinggi Australia dan Malaysian Tourism Gold Award pada tahun 2002 dalam kategori Program Pelancongan Terbaik.

Tham ketika bertemu Suruhanjaya Tinggi British pada tahun 2019. (Sumber: Facebook Tham Yau Kong)

Terima banyak kunjungan pelancong

Laluan Perarakan Kematian Perang Dunia Kedua Sandakan-Ranau yang telah dibuka sejak Mac 2006 telah menerima ramai pengunjung terumanya pelancong daripada Australia dan United Kingdom (UK).

Kebanyakan pelancong Australia yang datang ke lokasi itu adalah ahli keluarga kepada tawanan perang manakala rata-rata pengunjung dari UK pula adalah anggota tentera.

Sumber: Facebook Tham Yau Kong

Menurut sejarah, laluan ini adalah jalan pintas pada Januari 1945 ketika proses memindahkan tawanan perang seramai 2,434 orang. Namun ketika perarakan tersebut, hanya enam orang terselamat selepas berjaya melarikan diri dengan dibantu penduduk tempatan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd