Now Reading
Nak Bakar Sampah, Terbakar Myvi

Nak Bakar Sampah, Terbakar Myvi

Pemilik kereta tersebut cuba memadamkan api menggunakan alat pemadam api (fire extinguisher), namun tidak berjaya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebuah Perodua Myvi dilaporkan terbakar selepas api menyambar dari timbunan sampah berhampiran kenderaan tersebut.

Memetik laporan Berita Harian, kejadian itu berlaku di Parit 3 Timur, Sungai Panjang, Selangor.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.46 pagi.

Beliau menyebut, sepasukan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dikejarkan ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.

Hafisham turut dipetik Harian Metro berkata, api berjaya dipadamkan tetapi kenderaan itu telah rosak 90% akibat kebakaran tersebut.

Pemilik kenderaan cuba memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api tetapi gagal. Dia kemudian menghubungi bomba.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd