Jangan Normalisasikan Budaya ‘Overwork’. Netizen Beri Reaksi Tentang Isu Ini
Overwork suatu hari akan memberikan kesan yang tidak diingini, seperti ‘burn-out’.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bab ‘kerja’ ini jika dibahaskan, tidak akan pernah habis.
Hari-hari setelkan kerja pun, ia akan tetap bertambah dan tidak akan berkurang. Nampak tak? Tapi kalau pandai untuk membahagikan masa antara kerja dan masa peribadi untuk diri sendiri, semuanya akan menjadi lebih mudah dan teratur.
Tak perlulah nak duduk di ofis sehingga lewat malam semata-mata nak setelkan kerja yang bertimbun tu.
Baik datang awal esok pagi dan habiskan kerja yang tertunggak.

Bak kata orang, ada ‘fine line’ di antara tekanan sihat yang merangsang produktiviti dan tekanan yang boleh menyebabkan anda ‘burn-out’.
Sebab itu jangan ‘overwork’.
NOTA: Ini adalah pendapat peribadi penulis.
Pengguna Twitter tampil beri pendapat tentang isu ini.
Perkara ini sememangnya menjadi topik hangat di kalangan pengguna media sosial termasuk Izzati Rosdi di mana dia dilihat membincangkan hal ini menerusi akaun Twitter miliknya.
Yang menariknya, apa yang dibahaskan itu turut meraih perhatian ramai.
Kini, rangkaian tweets tersebut telah berjaya mendapat lebih 8,145 retweets.
“Jangan normalisasikan overworking,” jelas Izzati.
Menurut Izzati, dia menghabiskan waktunya di usia 20an dengan bekerja dan perkara paling “gila” pernah dilakukan adalah stay-back di pejabat sehingga jam 6am, dan pulang ke rumah untuk bersiap, kemudian kembali ke pejabat pada jam 8am.
Betul-betul workaholic!
People who romanticise overworking, please don't. I spent my 20s overworking, and I missed a lot of things. The craziest thing I've ever done? Stayed till 6am, went home to shower, n went back to work 8.30am in the dot.
— Izzati Rosdi (@xatyrosdi) February 1, 2022
Because back then, I feel like I need to prove something
Mengulas lanjut, Izzati turut mengatakan budaya overworking ini sememangnya memberikannya ‘ganjaran’ di masa hadapan.
Namun, kesihatan mentalnya turut terjejas.
Of course, I am what I am today because of my work ethics back then, but I would tell everyone to not be like me.
— Izzati Rosdi (@xatyrosdi) February 1, 2022
It was exhausting. I gained a lot of weight, and it took a toll on my mental health.
Dalam masa yang sama, nasihat yang diberikan oleh Izzati kepada orang ramai di luar sana juga boleh dijadikan sebagai “eye-opener”.
Mana tidaknya, syarikat akan tetap menggantikan anda jika suatu hari nanti anda tidak lagi wujud di dunia.
Pendek kata, semua orang boleh digantikan. Tak kisahlah sebelum ini individu tersebut merupakan pekerja contoh sekalipun.
When you die, no one's gonna remember how you overwork yourself. They are going to remember how you were there for them.
— Izzati Rosdi (@xatyrosdi) February 1, 2022
So live a little.
Sebab itulah jangan terlalu menormalkan budaya bekerja lebih masa.
Cukup masa, balik.
Topik hangat ini turut meraih perhatian netizen.
Pelbagai pandangan telah dilontarkan.
Suara netizen menerusi topik ini sememangnya menggambarkan bahawa mereka juga pernah berada di tempat Izzati suatu ketika dahulu.
Ada yang berkongsi bahawa apa yang mereka pernah lakukan sebelum ini tidak pernah dikesali. Malah, mereka menghargai pengajaran dan waktu yang pernah diluangkan untuk bekerja sambil menimba ilmu.
I never regret overworking in my 20s. I gained so much of knowledge & experience & i had fun along the way. Walaupun tak cuti setahun & mandi dekat office most of the time, I cherish every little moment of it. But i wud never impose that to anyone else as everyone is different
— adly (@Separa_Penuh) February 1, 2022
People should keep in mind that you are not indispensable. If you got sick, the company will just ask you when are you gonna be back? If you got sicker and can't work anymore, they will let you go and replace you with someone else.
— —fitrah (@azrulazimi) February 1, 2022
Don't be a banker, work long hours, weekends too, the habits run through until retirement, most die within few years as the body can't cope with abrupt inactivity
— DewataGiriEyangNaga (@DatukNaga) February 1, 2022
Lain orang, lain POV.
Yang penting, jangan malas untuk bekerja. Tapi jangan terlalu kuat bekerja sehingga tiada masa untuk diri sendiri serta keluarga. Sebab perlu diingatkan bahawa kerja lebih masa sekalipun, kerja takkan habis sampai bila-bila.
Jadi, mungkin anda boleh belajar untuk membahagikan masa? 🙂
BACA JUGA: KL: Not As Affected By Covid But Way Overworked
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.