Now Reading
[Video] Jurufoto Ambil Gambar Dari Jarak Jauh Gara-gara Ada Kolam Renang Depan Pelamin

[Video] Jurufoto Ambil Gambar Dari Jarak Jauh Gara-gara Ada Kolam Renang Depan Pelamin

Nasib baik pihak pengantin dah maklumkan kepada jurugambar tentang kedudukan pelamin berhadapan kolam renang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bagi sesetengah pasangan pengantin, jurugambar perlu ada untuk mengambil detik-detik terindah mereka bergelar pasangan raja sehari.

Bukan selalu jadi pengantin, jadi apa salahnya kalau kita tempah jurugambar profesional kan?

Untuk dapatkan gambar yang cantik, kemahiran jurugambar juga memainkan peranan penting. Barulah seronok nak tunjuk dekat anak cucu bila dah tua nanti.

Jurugambar duduk depan kolam panjang

Tapi, lain macam sikit sesi bergambar di sebuah majlis perkahwinan pasangan pengantin ini apabila seorang jurugambar yang dikenali sebagai Ijat dari syarikat officialstudio.co terpaksa duduk berjauhan beberapa meter dari pelamin pengantin.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Twitter Ijat Kacak, jurugambar itu terpaksa mengambil gambar dari jarah beberapa meter jauh kerana adanya sebuah kolam renang berkedalaman 2.5 meter di hadapan pelamin pengantin.

Nak tak nak memang kena duduk jauh. Risau pula terkebelakang sangat, nanti basah kuyup masuk dalam kolam renang.

Kredit: Twitter Ijat Kacak

Terpaksa guna khidmat orang tengah

Disebabkan jarak jurugambar dengan pengantin agak jauh, pihak mereka terpaksa menggunakan khidmat ‘orang tengah’ untuk membantu sesi penggambaran.

Boleh serak suara tu kalau bagi arahan dari jauh kepada tetamu dan pengantin yang nak bergambar.

Difahamkan juga, pihak pengantin telah memaklumkan kepada jurugambar tentang kedudukan pelamin tersebut. Jadi, mereka pun sudah bersedia dengan lens kamera yang bersesuaian.

Jom tengok sikit hasil gambarnya macam mana.

Kredit: officialstudio.co

Wah, cantik juga gambarnya kan? Power betul!

Komen netizen pun boleh tahan kelakar!

Di ruangan komen, rata-rata netizen agak terkejut melihat kedudukan jarak jauh oleh jurugambar itu. Siap ada yang bagi cadangan kepada jurugambar untuk duduk di atas pelampung di kolam renang.

Wah, lain macam eh!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd