Now Reading
Penganut Rai Thaipusam Sempat Bantu Wanita Bersalin Dalam Kereta

Penganut Rai Thaipusam Sempat Bantu Wanita Bersalin Dalam Kereta

Beberapa individu beragama Hindu menutupi sekeliling kereta wanita tersebut menggunakan kain saree untuk memberi keselesaan semasa bersalin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Masyarakat Malaysia terkenal dengan sikap saling bantu-membantu tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Sebelum ini ketika negara dilanda banjir teruk, rata-rata masyarakat saling menghulurkan bantuan dari segi tenaga kerja dan barangan asas.

Bangga betul ada komuniti yang bekerjasama dan bertoleransi macam ni kan?

BACA JUGA: [Video] Jiran Sanggup Redah Air Banjir Demi Selamatkan Wanita Bersalin & Bayinya

Wanita bersalin dalam kereta

Baru-baru ini, seorang wanita berada dalam detik yang genting dalam hidupnya apabila terpaksa bersalin di dalam kereta di tempat parkir berdekatan dengan Kuil Sri Subramaniam di Batu Caves.

Ketika itu, kuil berkenaan dipenuhi masyarakat beragama Hindu yang menyambut perayaan Thaipusam semalam (18 Januari).

Kredit: The Review of Religion

Wanita tersebut dikatakan mengalami kontraksi lebih awal daripada jangkaan dan pada ketika itu dia dan suami sedang menuju ke hospital.

Menurut laporan, wanita berkenaan dipercayai menangis meminta tolong dan kebetulan pada ketika itu ada beberapa orang yang terdengar jeritan tersebut.

Selepas terlihat keadaan wanita berada dalam detik kecemasan itu, mereka segera bergegas ke arahnya untuk memberi bantuan.

Beberapa individu beragama Hindu di situ melindungi dan menjaga kehormatan wanita yang sedang bersalin itu dengan mengelilingi keretanya menggunakan kain saree dan vesthi.

Kredit: L.K. Savantharaja

Ramai juga yang turut membantu wanita itu untuk melahirkan anak dengan selamat serta memberi pertolongan untuk memotong tali pusat bayi tersebut.

Dua minit selepas selesai proses bersalin, van ambulans tiba di lokasi bersama pembantu perubatan untuk memeriksa keadaan ibu dan bayi serta dibawa ke hospital.

Kredit: L.K. Savantharaja

Detik yang menyentuh hati

Boleh dikatakan rata-rata netizen berbangga apabila rakyat Malaysia saling bantu-membantu tanpa mempedulikan perbezaan kaum.

Tersentuh hati bila tengok ramai rakyat Malaysia yang baik hati.

Walaupun berbeza dari segi bangsa dan agama serta tiada talian darah, tetapi masing-masing tidak kekok untuk memberi bantuan sama seperti ahli keluarga.

Proud to be Malaysian!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd