Now Reading
Ini Tips Berguna Bagi Anda Yang Masih ‘Baru’ Dalam RFID

Ini Tips Berguna Bagi Anda Yang Masih ‘Baru’ Dalam RFID

Bila sudah masuk tol menggunakan lorong RFID, jangan pula keluar di lorong SmartTAG.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kementerian Kerja Raya memaklumkan pembayaran tol menggunakan Touch ‘n Go serta SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat menjelang tahun 2022 bagi memberi peluang untuk memperbanyakkan lorong Radio Frequency Identification (RFID).

BACA JUGA: Lorong Tol Touch ‘n Go & SmartTAG Bakal Dihentikan Secara Berperingkat Mulai 2022

RFID adalah satu sistem tanpa wayar yang melibatkan dua komponen iaitu tag dan kad pembaca.

Transaksi tol RFID ini diwujudkan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol serta ingin mengikuti perkembangan teknologi masa kini.

Nasihat untuk pengguna RFID

Sejak kerajaan menggalakkan pengguna RFID dalam kalangan pengguna jalan raya, mungkin ramai yang masih ‘baru’ dengan sistem ini.

Seorang pengguna Facebook Nik Lee berkongsi tips ketika menggunakan sistem RFID di tol.

Jika anda menggunakan lorong RFID, pastikan apabila keluar tol juga mengguna sistem yang sama. Jangan pula masuk tol ikut RFID, keluar tol pula guna Smart Tag.

Ini kerana anda boleh dikenakan caj perjalanan yang maksimum mengikut jarak jauh kedua-dua tol.

Jalan sesak akibat RFID

Namun, baru-baru ini tular di media sosial apabila keadaan jalan raya menjadi sesak dipercayai akibat lorong RFID di tol.

Keadaan tersebut telah menyebabkan kelewatan pengguna jalan raya untuk ke tempat kerja masing-masing.

Kesesakan tersebut turut mengundang pelbagai kecaman warganet yang dikatakan tidak bersetuju dengan pembaharuan itu.

Walau bagaimanapun, keadaan jalan raya dilihat mula berjalan lancar hari ini (19 Disember) di Plaza Tol Sungai Besi dengan bantuan beberapa petugas PLUS Malaysia Berhad di lorong RFID.


Pengguna yang masih belum mempunyai tag RFID boleh mendapatkannya secara atas talian menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet, portal Touch ‘n Go atau ejen pemasaran yang sah.

Sehingga kini, terdapat 39 pusat pemasangan tag RFID di seluruh Semenanjung Malaysia dan jumlah itu akan ditambah bagi membolehkan lebih ramai pengguna mendapatkan tag tersebut.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd