Now Reading
“Saya Menyerah” – Netizen Sebak Lihat Budak Lelaki Redha Hilang Permainan Lepas Banjir

“Saya Menyerah” – Netizen Sebak Lihat Budak Lelaki Redha Hilang Permainan Lepas Banjir

Katanya ketika terjaga dari tidur, dia sedar yang permainan robotnya sudah hilang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Banjir yang berlaku di Selangor telah menjejaskan semua lapisan masyarakat. Bukan sahaja orang dewasa dan warga emas, malah kanak-kanak juga terkesan dengan bencana alam baru-baru ini.

Terbaharu, satu video dimuat naik di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak berkongsi kisah tentang permainannya yang hilang akibat arus deras mengalir melalui rumah mereka.

Dalam video berdurasi lebih 30 saat yang dimuat naik di Twitter, keadaan rumah kanak-kanak berkenaan ditunjukkan terlebih dahulu sebelum beralih kepada perkongsian pengalaman oleh budak lelaki itu.

Permainan robot yang saya baru beli sudah hanyut dibawa banjir. Selepas saya membeli permainan itu, saya perasan yang bungkusan itu telah sampai. Sekitar jam 10, saya tersedar dan melihat air sudah setinggi pinggang dan saya terus mencari permainan saya. Ketika itu saya sedar yang arus air telah membawa permainan saya pergi jauh.

Ketika ditanya tentang perasaannya, kanak-kanak itu berkata tiada apa yang boleh dia lakukannya selain “menyerah” atau menerima keperitan yang berlaku.

BACA JUGA: Kanak-kanak Boleh Trauma Akibat Banjir Jika Tidak Dirawat Dengan Betul

Hati netizen tersentuh

Kebanyakan rakyat Malaysia yang menonton video itu berasa sangat sedih melihat seorang budak lelaki berkenaan kehilangan segala-galanya yang disayangi pada usia sangat muda.

Ramai warganet dilihat memberi komen tentang video tersebut. Malah ada yang ingin memberikan permainan mereka untuk membuatkan kanak-kanak itu gembira kembali.

Sementara itu, ada juga yang memuji kanak-kanak tersebut kerana bersikap positif walaupun kehilangan permainannya.

Mereka memujinya kerana dilihat menunjukkan wajah yang berani dan kuat bagi meneruskan kehidupan. Orang dewasa sendiri pun susah nak konsisten buat sedemikian.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd