Now Reading
[Video] Pasangan Malaysia Ambil Masa 4 Bulan Pergi Paris Naik Motosikal

[Video] Pasangan Malaysia Ambil Masa 4 Bulan Pergi Paris Naik Motosikal

Bukan setakat Paris, pasangan ini juga pernah merantau ke Rusia dan London dengan hanya menaiki motosikal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seronoknya dapat pergi melancong ke luar negara. Boleh tengok sendiri budaya masyarakat di sana.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan pelancong adalah seperti London, Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan sebagainya.

Kebiasaannya bila nak pergi melancong, kapal terbang adalah pengangkutan yang menjadi pilihan orang ramai untuk ke negara lain.

Tapi, ada juga segelintir individu yang memilih untuk melakukan sesuatu yang lebih mencabar iaitu dengan melancong sambil menunggang motosikal.

Biar betul?

Pergi Paris naik motosikal dari Malaysia

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @kapcaipackers, dia berkongsi kisah pernah melancong ke kota Paris bersama isteri dengan hanya menaiki motosikal.

Lelaki itu menceritakan perjalanan mereka dari Malaysia ke Paris mengambil masa sekurang-kurangnya empat bulan ketika dunia masih belum dilanda pandemik Covid-19.

Kisah perjalanan mereka ini mencuri perhatian ramai sehingga berjaya meraih 4.8 juta tontanan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/foryou?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8eu9FSPpGPUv9IJq%2FjPTCB5W4RlT%2BnAIUZ9ixzQ02Tg%2BjQ6KHoa1wYk%2Fx4ddsBEnzOZe7Qpln1CU%2Bs5akGgA%3D&_r=1&is_from_webapp=v1&item_id=7035077368897096987&language=en&mid=6781027956148930562&preview_pb=0&region=MY&share_app_name=tiktok&share_item_id=7035077368897096987&source=h5_t&timestamp=1638166902&u_code=dbg7j3706lab9c&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy#/@kapcaipackers/video/7035077368897096987

Honda tawar khidmat servis percuma seumur hidup

Bukan itu sahaja, dia dan isteri juga sebenarnya sudah pernah merantau ke beberapa buah negara sebelum ini dengan cara yang sama. Antaranya Rusia dan London.

Sebenarnya, ada kisah menarik ketika perjalanannya ke kota London.

Untuk pengetahuan semua, misi perjalanan ke kota London itu berjaya diselesaikan dengan baik dan selamat.

Namun apa yang lebih mengujakan adalah apabila pihak Honda memberi hadiah motosikal secara percuma kepadanya selepas tamat misi melakukan perjalanan ke kota London.

Bukan setakat itu sahaja, Honda juga menawarkan khidmat servis motosikal secara percuma seumur hidup kepada lelaki tersebut.

Seronoknya!

Kredit: TikTok @kapcaipackers

Tak menang tangan nak jawab komen netizen

Ruangan komen video tersebut penuh dengan soalan-soalan yang diajukan kepada pemilik video berkenaan.

Maklumlah, jarang dengar orang melancong serata dunia menaiki motosikal. Sebab itulah ramai yang tertanya-tanya. Betul tak?

Kredit: TikTok @kapcaipackers
Kredit: TikTok @kapcaipackers

Selain itu, ramai juga yang memuji kehebatan pasangan ini menaiki motosikal untuk menuju ke lokasi yang jauh.

Bukan semua orang mampu buat perkara yang sama.

Kredit: TikTok @kapcaipackers
Kredit: TikTok @kapcaipackers

Memang tabik sungguh kepada pasangan ini. Tak semua orang boleh tempuhi perjalanan jauh dari satu negara ke negara yang lain dengan hanya menaiki motosikal.

Naik kapal terbang lama-lama pun dah penat, inikan pula menunggang motosikal.



Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd