Now Reading
Shopee Nafi Beri Kebenaran Jual Haiwan Hidup Secara Atas Talian

Shopee Nafi Beri Kebenaran Jual Haiwan Hidup Secara Atas Talian

Red Eared Slider atau Kura-kura Telinga Merah merupakan spesies yang boleh membahayakan ekosistem.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebut je nak beli barang apa, mesti akan ada di Shopee. Dari sekecil-kecil penutup pen sehingga barang sebesar peti ais, semua ada.

Ada juga yang boleh dikategorikan sebagai kaki ‘ Shopee’ kerana tiap-tiap bulan mesti akan beli sesuatu dari platform e-dagang itu.

Tambah pula bila beli waktu jualan murah seperti 11.11, memang memborong sakan.

Beli haiwan terlarang di Shopee

Walaupun Shopee menjual macam-macam barang, tapi tak sangka pula ada juga yang berniaga haiwan secara atas talian.

Baru-baru ini, tular satu video seorang pengguna TikTok ‘unboxing’ haiwan yang dibeli melalui platform Shopee.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @emmardhiahh dan mengecam video berkenaan kerana dianggap sudah melampau.

Perbuatan itu baginya agak membahayakan kerana tidak selamat kepada haiwan berkenaan untuk melalui proses penghantaran melalui pos.

Bukan itu sahaja, haiwan tersebut yang dikenali sebagai Red Eared Slider atau Kura-kura Telinga Merah sebenarnya tidak boleh dibela kerana merupakan sejenis spesies reptilia yang bahaya.

Di Amerika Syarikat, spesies ini merupakan binatang yang dilarang untuk dibela.

Namun, kedai haiwan di Malaysia masih menjual kepada orang ramai meskipun telah diharamkan penjualannya.

Kredit: Twitter @emmardhiahh

Apa itu Red Eared Slider?

Red Eared Slider atau Kura-kura Telinga Merah merupakan spesies separa akuatik yang berasal dari selatan Amerika Syarikat.

Kredit: Envirobites

Haiwan ini dikategorikan antara 100 spesies alien yang paling bahaya di dunia.

Meskipun haiwan berkenaan boleh hidup di mana-mana sahaja, namun kewujudan mereka boleh merosakkan ekosistem.

Kredit: Twitter @emmardhiahh

Shopee beri penjelasan

Berikutan tular isu penjualan haiwan terlarang di platform e-dagang ini, pihak Shopee telah memberi penjelasan tentang perkara tersebut.

Shopee sememangnya melarang penjualan barangan terlarang termasuklah haiwan dan juga hidupan liar. Kini, kes tersebut akan disiasat oleh pihak mereka.

Kredit: Twitter @emmardhiahh

Pihak mereka juga menggalakkan orang ramai untuk segera membuat laporan sekiranya terjumpa mana-mana penjualan barangan terlarang di platform berkenaan.

Kredit: Twitter @emmardhiahh

Kesimpulannya, tak salah nak berniaga atas talian. Tapi kena tengok juga apa yang nak dijual.

Bayangkan kalau haiwan hidup dihantar secara pos, kesian mereka terpaksa menahan panas dan pastinya tidak selesa.

Kalau rasa nak bela binatang, beli je terus dekat kedai haiwan. Lebih selamat.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd