Kenaikan Harga Aiskrim Kon McDonald’s Ada Kaitan Dengan ‘Big Mag Index’
Harga menu di McDonald’s dibandingkan antara beberapa negara untuk mengukur kuasa beli masyarakat atau disebut sebagai purchasing power parity.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Aiskrim kon perisa vanila yang dijual di McDonald’s boleh dikatakan hidangan klasik sejak dulu lagi.
Rasa dia masih sama sehingga sekarang. Makan pula waktu tengah panas. Memang nikmat!
Namun, baru-baru ini, McDonald’s Malaysia dikatakan telah menaikkan harga aiskrim kon tersebut daripada RM1 kepada RM2. Biar betul?
Kenaikan harga ini telah mengundang pelbagai persoalan daripada netizen di media sosial.

Kenaikan harga aiskrim kon ada kaitan dengan Big Mac Index
Berikutan timbulnya isu kenaikan harga aiskrim kon tersebut, seorang pengguna Twitter @ZZulkifli tampil memberi penjelasan tentang isu tersebut.
Menurutnya, harga menu di McDonald’s dibandingkan antara beberapa negara untuk mengukur kuasa beli masyarakat atau disebut sebagai Purchasing Power Parity (PPP).

Majalah Economist menggunakan Big Mac Index untuk membandingkan harga McDonald’s di Amerika Syarikat dan Malaysia.


Kredit: Twitter @ZZulkifli
Jangan bandingkan gaji besar di Eropah dan Malaysia
Kita selalu dengar orang cakap kalau kerja dekat luar negara lagi seronok sebab gaji lebih besar berbanding di Malaysia.
Walaupun gaji di negara Eropah lebih tinggi, tetapi perbelanjaan mereka di sana juga boleh tahan mahal.

Di Eropah, kenaikan gaji sebanyak 5% itu sudah dianggap tinggi. Cuba bandingkan dengan Malaysia? Naik 5% tu orang cakap macam majikan kita kedekut.
Malaysia boleh dikatakan sudah berada pada tahap inflasi yang sangat teruk apabila melihat kepada kenaikan 100% harga aiskrim kon McDonald’s.

Tapi, kalau nak dibandingkan dengan Singapura dan Thailand, harga di Malaysia tidaklah semahal di negara lain.

Itu pun Malaysia sudah tidak mengaplikasi cukai GST 6%. Bayangkan, cukai yang dikenakan kepada rakyat Eropah adalah sebanyak 21%.
Walaupun cukai di Eropah tinggi, tetapi kerajaan mereka selalu bagi bantuan kebajikan kepada mereka yang hanya mencapai gaji minima.

Ramai ungkit tentang kenaikan gaji di Malaysia
Hasil tinjauan kami mendapati rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenaikan harga aiskrim kon itu.
Kata mereka, kalau nak naikkan harga barang, gaji minimum di Malaysia pun perlu dinaikkan. Barulah seimbang, betul tak?


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.