Now Reading
Caprice Sah Bergelar Suami Kepada Ibu Tunggal Dari Kelantan

Caprice Sah Bergelar Suami Kepada Ibu Tunggal Dari Kelantan

Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli telah menikahi seorang ibu tunggal anak satu bernama Farra Inalis berusia 26 tahun dari Kelantan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebelum ini, Caprice pernah menjadi bualan orang ramai apabila dia mempunyai isu melibatkan seorang pendakwah terkenal iaitu Ebit Lew.

Selepas isu tersebut sudah senyap, nama Caprice pun sudah tidak lagi kedengaran dan dia dikatakan seolah-olah menghilangkan diri.

Senyap punya senyap, tiba-tiba dapat tahu penyanyi berusia 33 tahun ini sudah mendirikan rumah tangga.

Caprice nikahi wanita Kelantan

Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli ini telah selamat bernikah dengan calon pilihannya yang dikenali sebagai Farra Inalis berusia 26 tahun.

Wanita yang berasal dari Kelantan itu merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai satu anak.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh wanita itu di akaun Instagram @farra_inalis, dia dan Caprice dilihat memakai persalinan sedondon berwarna putih.

Memang cantik dan sepadan betul mereka berdua.

Pada masa yang sama, Caprice turut memuat naik video pendek di laman Instagram @signbycap dengan caption “Halal”.

Caprice janji mahu kongsi cerita sebenar dalam masa terdekat

Memetik laporan Berita Harian, Caprice ingin meminta maaf kepada orang ramai selepas menghilangkan diri lebih daripada 40 hari kerana terpaksa melalui banyak perkara.

Penyanyi rap ini juga meminta orang ramai untuk mengikuti di akaun @signbycap kerana akaun @capriceofficial telah disekat. Dia juga bakal berkongsi perkara sebenar yang berlaku dalam masa terdekat.

Maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Insya-Allah, saya akan kongsi nanti dan kembali semula dengan lebih bersemangat.

Caprice.

Peminat ucap tahniah

Di ruangan komen posting mereka berdua, rata-rata netizen memberi ucapan tahniah kepada pasangan mempelai itu kerana telah sah bergelar suami isteri.

Ramai yang turut gembira mendengar perkhabaran tersebut.

Kredit: Instagram @farra_inalis
Kredit: Instagram @farra_inalis

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd