Now Reading
[Video] Ayah ‘Modify’ Kereta Mainan Siap Boleh Bawa Bayi Di Belakang

[Video] Ayah ‘Modify’ Kereta Mainan Siap Boleh Bawa Bayi Di Belakang

Yang comelnya, bayi itu pun nampak tenang dan langsung tidak meragam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setiap ibu bapa ada cara masing-masing untuk menjaga anak mereka.

Kalau ikut cara ibu-ibu, mereka akan menjaga anak dengan penuh kasih sayang dan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.

Risau sekiranya ada benda buruk terjadi.

Ikut cara ayah-ayah pula, mereka ini agak santai sedikit menjaga anak.

Yang penting anak-anak kenyang dan tidak menangis.

Ayah kreatif modify kereta mainan untuk bawa anak berjalan

Biasanya kita tengok kanak-kanak sahaja yang suka bermain dengan kereta kawalan jauh. Jarang kita tengok orang dewasa yang main kan?

Tetapi lain pula dengan seorang ayah ini yang dilihat mengubahsuai kereta kawalan jauh sehingga boleh membawa anaknya di belakang.

Video TikTok yang tular itu menunjukkan kereta mainan tersebut disambung dengan car seat anaknya.

Lelaki tersebut dilihat membawa anaknya yang berusia empat bulan meronda-ronda di sekitar kawasan luar rumah teres dengan menggunakan remote control sahaja.

Yang comelnya, bayi itu pun nampak tenang dan langsung tidak meragam. Siap jeling-jeling lagi tau.

Kreativiti si ayah mendapat perhatian ramai selepas video itu berjaya meraih 338,400 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@linabougas/video/7021493772022238466?_d=secCgYIASAHKAESPgo8%2Fn%2B0eccEwGAEYeM0yjg9ump0aCy3JHsbS%2FoQHwF0doP%2Fhnt6l4eQaQgt%2FARfht%2BKHZyirEXQxpcote0AGgA%3D&language=en&mid=7006611502992050971&preview_pb=0&region=MY&share_app_name=tiktok&share_item_id=7021493772022238466&source=h5_t&timestamp=1635303250&u_code=dbg7j3706lab9c&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1

Ada juga netizen yang fokus dekat kucing yang menjadi penonton

Di ruangan komen video tersebut, ramai memuji kreativiti si ayah yang mengubah suai kereta kawalan jauh itu menjadi sesuatu yang berguna kepada anak-anak.

Seronoklah lepas ni boleh ronda-ronda waktu petang. Layan angin sepoi-sepoi bahasa.

Kredit: TikTok/linabougas
Kredit: TikTok/linabougas

Ada juga sesetengah netizen yang fokus kepada ‘penonton’ berbulu iaitu beberapa ekor kucing yang melihat pergerakan kereta kawalan jauh berkenaan.

Tengah tunggu giliran nak naik juga ke tu?

Kredit: TikTok/linabougas

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd