Now Reading
Haram Gantung Gambar Untuk Tujuan Penyembahan, Ini Penjelasan Dari Mufti

Haram Gantung Gambar Untuk Tujuan Penyembahan, Ini Penjelasan Dari Mufti

Ada ulama yang berpendapat perbuatan itu DIHARAMKAN jika bertujuan untuk melakukan aktiviti penyembahan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kalau anda perasan, hampir di setiap rumah pasti akan ada beberapa keping gambar digantung.

Antaranya gambar kenangan bersama ahli keluarga ketika pergi bercuti ataupun foto ketika anak-anak masih kecil.

Maklumlah, anak-anak sudah mula membesar dan ada yang sudah berkeluarga. Bila rindu, boleh tengok balik gambar-gambar yang menjadi hiasan dinding itu.

Kredit: theAsianparent

Tapi, ada pula yang suka gantung gambar-gambar artis kegemaran mereka seperti kumpulan popular Korea iaitu BTS, EXO, Blackpink dan sebagainya.

Bila dah minat tu, jangan katakan poster, kalau boleh semua merchandise artis kegemaran mereka itu mahu digantung di dinding.

Boleh ke gantung gambar di dinding? Apa hukumnya?

Mungkin sesetengah orang beranggapan menggantung gambar di dinding adalah perkara yang biasa.

Tapi, tak ramai yang tahu hukum di sebaliknya kan?

Oleh disebabkan itu, Mufti Wilayah Persekutuan terpanggil untuk memberi penjelasan melalui laman web rasmi mereka mengenai hukum menggantung gambar di rumah.

Menurutnya, perbuatan menggantung fotografi dengan bertujuan sebagai perhiasan rumah dan juga kenang-kenangan adalah DIHARUSKAN.

Tetapi, jika gambar tersebut digantung dengan tujuan untuk penyembahan dan mengagungkan, maka perbuatan tersebut adalah DIHARAMKAN.

Kredit: Kashoorga

Namun, sebahagian ulama mempunyai pendapat yang berbeza mengenai perkara ini.

Ada yang berpendapat hukum menggantung fotografi makhluk hidup adalah haram berdasarkan kepada ciri-ciri gambar yang dilarang ketika zaman Nabi Muhammad SAW iaitu:

  • Mempunyai roh seperti manusia dan haiwan.
  • Berniat untuk mengangungkannya.
  • Menyerupai perbuatan mencipta oleh Allah SWT.

(Rujuk: Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 4/670)

Imam Ibnu Hajar al-Asqalani pula berpendapat bahawa sekiranya gambar tersebut tidak mempunyai bentuk tubuh yang sempurna seperti tiada kepala ataupun kaki dan bukan bertujuan untuk disembah, maka perbuatan itu dibenarkan.

Hal ini juga berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA yang berkata:

اسْتَأْذَنَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ ادْخُلْ فَقَالَ كَيْفَ أَدْخُلُ وَفِي بَيْتِكَ سِتْرٌ فِيهِ تَصَاوِيرُ فَإِمَّا أَنْ تُقْطَعَ رُءُوسُهَا أَوْ تُجْعَلَ بِسَاطًا يُوطَأُ

Maksudnya: Jibril AS meminta izin kepada Nabi SAW untuk masuk ke rumah Baginda. Nabi SAW menyebut: masuklah. Kata Jibril: bagaimana aku nak masuk sedangkan di dalam rumah engkau ada langsir yang ada lukisan padanya. Sama ada engkau potong kepala (lukisan tersebut) atau dijadikan alas yang dipijak-pijak.

Riwayat al-Nasaie (5270)


Sebenarnya, hikmah pengharaman perbuatan menggantung gambar yang mempunyai bentuk tubuh sempurna adalah bertujuan untuk menghalang masyarakat daripada melakukan aktiviti penyembahan berhala serta ingin memerangi perbuatan syirik.

Imam Ibn al-‘Arabi ada menyebut di dalam tafsirnya:

مَا كَانَتْ الْعَرَبُ عَلَيْهِ مِنْ عِبَادَةِ الْأَوْثَانِ وَالْأَصْنَامِ، فَكَانُوا يُصَوِّرُونَ وَيَعْبُدُونَ، فَقَطَعَ اللَّهُ الذَّرِيعَةَ وَحَمَى الْبَابَ… نُهِيَ عَنْ الصُّورَةِ، وَذَكَرَ عِلَّةَ التَّشْبِيهِ بِخَلْقِ اللَّهِ، وَفِيهَا زِيَادَةُ عِلَّةِ عِبَادَتِهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ،

Maksudnya: Apa yang dilakukan oleh golongan Arab Jahiliyyah apabila menyembah patung dan berhala, lalu mereka mengukir dan menyembahnya, maka Allah SWT menutup atau memelihara pintu kerosakan (dengan mengharamkan lukisan)…larangan melakar, dan dinyatakan bahawa sebab pengharamannya adalah menyerupai sifat penciptaan Allah SWT, dan terdapat penambahan sebab pengharaman menyembah selain daripada Allah SWT pada perbuatan itu.

(Rujuk: Ahkam al-Quran li Ibn al-‘Arabi, 4/9)

Kredit: Bidadari.my

Secara kesimpulannya, hukum menggantung fotografi di rumah ataupun pejabat dan sebagainya adalah dibenarkan di dalam Islam selagi mana gambar-gambar itu dianggap sebagai perhiasan rumah untuk tujuan kenang-kenangan.

Namun, perbuatan itu dianggap haram sekiranya gambar-gambar itu digantung dengan tujuan untuk disembah dan diagungkan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd